Buletin

PENJENAMAAN SEMULA M4 – HAVAL TAWAR JAMINAN BELI SEMULA SELEPAS 5 TAHUN DENGAN NILAI 50%

HAVAL M4 kini secara rasmi dikenali sebagai HAVAL H1 sebagai salah satu langkah strategik HAVAL dalam usaha melonjakkan reputasi jenama itu di pasaran antarabangsa.

HAVAL H1 menampilkan tiga varian seperti mana ditawarkan model terdahulu, iaitu Comfort, Premium dan Elite. Malah, harga jualan turut dikekalkan.

BACA: SUV HAVAL H2, MAMPUKAH BERI IMPAK?

BACA: HAVAL TAWAR JAMINAN 7 TAHUN TANPA HAD

Pertukaran nama dibuat adalah sebagai susulan daripada usaha penjenamaan semula HAVAL daripada GWM (Great Wall Motors) selaku pengeluar kenderaan utiliti sukan (SUV) terkemuka dari China dengan hasrat menguasai pasaran antarabangsa, terutama Asean.

HAVAL ialah singkatan daripada ‘Have All’ yang bermaksud ‘Semuanya Ada’. Bukan saja menawarkan pada harga mampu milik, kesemua kenderaan HAVAL turut dipadankan dengan ciri dan teknologi terkini.

Manakala bermula 1 Januari 2017, HAVAL turut memperkenalkan ‘Buy Back Guarantee’ dengan memberi jaminan 50% nilai kenderaan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Ini bermakna HAVAL akan membeli semula pada harga 50% daripada harga jualan sekiranya pemilik menjual kenderaan dalam tempoh 5 tahun.

Berbanding M4, antara pembaharuan yang ditampilkan H1 ialah gril krom yang lebih sporty dan penampilan logo HAVAL di stereng, but dan tempat duduk.

Ketua Pegawai Eksekutif GO Auto, Ahmad Azam Dato’ Sulaiman berkata, penjenamaan semula HAVAL M4 kepada H1 diharapkan dapat mengukuhkan lagi jenama HAVAL di pasaran Malaysia.

“Kami mahu kekal dengan satu nama, iaitu HAVAL dan mahu jenama ini dikenali ramai. Selepasini, semua model kami akan diperkenalkan dengan nama HAVAL.

“ Go Auto juga mencatat sejarah dalam industri automotif tempatan apabila menjadi syarikat pertama dianugerahkan lesen pembuatan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

“ Kedua-dua model Haval iaitu H1 dan H2 turut menerima pengiktirafan EEV daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

HAVAL H1

HAVAL H1 ialah SUV segmen-B yang dijanaenjinempat-silinder petrol 1.5 liter VVT MPI berkuasa 105hp pada 6,000rpm dan 138Nm pada 4,200rpm.

Semua varian HAVAL H1 menggunakan sistem pacuan roda depan dan ditawarkan dalam transmisi automatik 6-kelajuan.

Varian HAVAL H1 Comfort berharga RM60,017, manakala HAVAL H1 Premium berharga RM65,852.

Bagi anda yang mahukan rekabentuk lebih sporty dan menarik, Go Auto turut menawarkan HAVAL H1 Elite yang berharga RM72,659 bersama ciri lampu depan halogen yang dilatari barisan LED di atasnya.

Ciri LED tambahan turut diletakkan pada lampu kabus yang pastinya menambahkan seri model berkenaan. Ada enam warna sebagai pilihan, iaituputih, perak, hitam, biru, merah dan oren. Semua harga adalah atas jalan tanpa insurans.

Untuk ketenangan minda, kesemua varian Haval H1 kini didatangkan dengan jaminan selama 7 tahun tanpa had perbatuan.

BACA: NISSAN TAWAR JAMINAN 7 TAHUN TANP HAD

 

Google ads
Back to top button