Buletin

BOON SIEW HONDA PERKENAL WARNA BARU CB650F DAN CBR650F

Sebagai antara peneraju segmen motosikal berkuasa tinggi kelas middleweight, Boon Siew Honda telah memperkenalkan varian warna baru bagi model sport dan naked mereka. CB650F dan CBR650F kini menerima pilihan hitam matte dengan kerangka merah dan warna hitam mat bersama kerangka putih.

Kami rasa, ia adalah percubaan yang berani untuk menggunakan kerangka warna berbeza dari yang lazim digunakan – hitam. Ia adalah kerangka tiub dan bukannya dari jenis trellis. Sekali pandang, nampak agak aneh tetapi bila ditenung lama, memang kelihatan lain daripada yang lain.

16YM CBR650F

BACA: HONDA CBR250RR SAH MASUK PASARAN MALAYSIA

BACA: BOON SIEW PERKENAL SIRI HONDA CB500 2016

Ini merupakan antara motosikal empat selinder dengan harga menarik di pasaran. Siri CB650 ini datang dengan pelbagai ciri menarik seperti paparan meter digital, teknologi graf digital, jam, sistem keselamatan HISS dan lampu belakang jenis LED.

Harga jualan model ini ialah RM 44,730.94 (CB650F) dan RM 46,850.94 (CBR650F) termasuk GST. Setiap unit ini datang bersama jaminan pengeluar dua tahun atau 20,000 kilometer yang mana terdahulu.

 

Google ads
Back to top button