Buletin

RASMI: PANGGILAN SEMULA YAMAHA R25

Masanya sudah tiba. Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) telah mengeluarkan notis rasmi panggilan semula kepada semua pemilik Yamaha R25.

Yamaha-R25-test-ride-mekanika (11)

Seperti yang kami siarkan sebelum ini (klik di SINI), panggilan awal telah dibuat oleh Yamaha Jepun. Kemudian, HLYM telah mendapat arahan penuh dan mengenal pasti kumpulan pengeluaran yang terlibat.

Sila semak jadual di bawah dan perhatikan nombor casis yang tertera. Kalau tak pasti, boleh semak dalam geran/kad pendaftaran motosikal masing-masing.

TERIMALAH, YAMAHA YZF-R25!

Model Nombor casis Komponen
YZF-R25 Semua unit dengan nombor kerangka

PMYRG1510E-000xxxx

PMYRG1510F-000xxxx

Pressure Plate Assy

 

Oil Pump Assy

Semua unit dengan nombor kerangka

PMYRG1510G-0004321 hingga

PMYRG1510G-0006357

HLYM akan menghantar notis individu pada pemilik yang terlibat bermula awal Ogos 2016. Sebaik mendapat notis, sila hubungi pusat pembaikan yang dilantik untuk membuat temu janji.

Yamaha-R25-test-ride-mekanika (3)

Untuk pembaikan khusus ini, HLYM juga ada memaparkan email:  [email protected]. Pemilik boleh menghubungi HLYM menerusi aplikasi whatsapp di talian 017-357 9965

Google ads
Back to top button