Motosikal

INDONESIA DEDAH VIDEO RASMI HONDA CBR250RR 2016!

Nampaknya pelancaran model Honda CBR250RR 2016 akan berlaku tidak lama lagi. Ini berikutan satu video pendek mula bertebaran di internet.

Video rasmi daripada pengedar motosikal Honda di Indonesia itu bagaimanapun tidak menjelaskan dengan terperinci spesifikasi model sport  tersebut. Namun, ada beberapa ciri penting dapat dilihat.

Antaranya ialah brek cakera tunggal pada roda hadapan, lampu nyalaan siang dan lampu brek LED. Selain sistem brek ABS yang menjadi salah satu ciri standard.

Honda-CBR250RR-2016-Indonesia-mekanika (3)

Memandangkan ia merupakan model naik taraf kepada CBR250R sedia ada, Honda CBR250RR dikatakan bakal dilengkapi alat-alat ganti berprestasi tinggi. Misalnya suspensi hadapan USD, monoshock di belakang serta beberapa mode tunggangan bersama talaan kawalan cengkaman.

Bakal bersaing sengit dengan model-model seperti KTM RC250, Yamaha R25 dan Kawasaki Ninja 250, Honda CBR250RR dikatakan dijana oleh unit enjin 250cc parallel-twin yang baru dibangunkan. Enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 37hp.

Honda-CBR250RR-2016-Indonesia-mekanika (5)

Honda CBR250RR 2016 yang mendapat perhatian ramai itu dijangka ditawarkan di Indonesia terlebih dahulu. Sebelum memasuki pasaran Eropah dan lain-lain menjelang akhir tahun ini.

Google ads
Back to top button