Artikel PilihanBuletin

TAHUKAH ANDA HONDA CIVIC TYPE-R GUNAKAN PCD DAN SAIZ RIM 20″ YANG PELIK?

Sewaktu sesi panduuji semalam, kami sempat bertanya kepada Pembantu Ketua Projek Type R, Hideki Kakinuma. Semua orang mungkin terkejut dengan saiz rim Type R – 20 inci namun itu belum cukup mengejutkan lagi bila kami tahu bahawa spesifikasinya sangat aneh untuk kereta jenama Jepun.

Rim ini diikat pada hub tengah bersaiz 120mm X 5. Lari dari kebiasaan Honda yang menggunakan saiz 114.3mm pada kesemua kenderaan dengan lima lubang mereka.

Roda ini juga untuk kenderaan FF  Front Engine-Front Drive) di mana kelebarannya ialah 8.5 inci (20 X 8.5) dan membuatkan lebih susah anda nak tukar rim bila offsetnya ialah +60mm. Jadi, sepsifikasinya 20 X 8.5mm ET60.

Memang agak sukar mencari rim gantian bagi saiz ini kerana bagi diameter 20 inci, kebanyakan kereta dalam pasaran terdiri daripada kereta berkonfigurasi FR (Front Engine-Rear Drive). Sudah tentu profil rodanya ialah lebar di belakang dan kecil di depan. Menambahkan lagi limitasi ialah PCD 120mm yang majoritinya digunakan oleh kereta BMW (FR)

TAPI KENAPA?

Menurut Kakinuma, walaupun Civic Type R ini dibina dari platform Civic generasi ke 10 (FC), bahagian pelantar rodanya dipindahkan daripada Honda Legend (Acura Legend). Roda-roda bersaiz 20 inci lebih sesuai menggunakan saiz 120mm kerana hub tengah yang lebih besar.

Tambahan lagi, mereka tidak perlu membangunkan hub baru. Keputusan menggunakan komponen dari Honda Legend adalah yang terbaik setakat ini. Honda Legend merupakan satu-satunya kereta Honda yang menggunakan PCD 120mm.

Google ads
Back to top button