Buletin

YAMAHA Y15ZR WARNA BARU 2018 – KUNING DIRAJA!

Beberapa hari lepas, kami memuatnaik gambar ini di laman rasmi facebook mekanika. Kelihatannya, Hong Leong Yamaha dalam proses pengeluaran Y15ZR dengan skema warna baru untuk tahun 2018.

Seperti biasa, setiap tahun, model-model popular ini akan menerima rekaan grafik dan warna baru.

Tahun lepas, Y15ZR hadir dengan warna biru/perak atau dak dak motor gelarkannya sebagai “silver robot”merah/hitam (matte) dan perak/hitam untuk varian 2017.

Kemudian menjelang hujung tahun, versi MotoGP Movistar 2017 diperkenalkan.

Beberapa hari lepas, model 2018 menerima satu lagi kelaurga baru iaitu kuning/hitam. 

Semenjak dilancarkan pada 2015, Yamaha Y15ZR belum pernah menerima warna kuning sebagai asas.

Warna paling “asing” yang pernah digunakan pada Y15ZR ialah ungu gelap pada 2016.

Warna kuning pada motosikal kapcai Yamaha selalunya dikaitkan dengan 125ZR yang sudahpun ditamatkan pengeluarannya. 125ZR kuning silver model tahun 2000 tu paling lejen. coverset orimoto sahaja pun dah boleh beli EX5 sebijik.

Warna kuning ini mengingatkan kami pada versi Y15ZR Indonesia yang dikenali dengan nama Jupiter MX King. MX kuning/kelabu ialah warna baru untuk 2017 untuk pasaran Indonesia dan sebenarnya, ia banyak menggunakan skema kelabu berbanding kuning.

Ini ialah Jupiter MX King kuning versi 2017 di Indonesia

Adakah mereka akan claim ini design mereka?

Harapnya tidak.

Tapi kami rasa, Y15ZR Malaysia ni nampak lagi garang kuningnya.

amaha 

Korang rasa macamana?

Google ads
Back to top button