Artikel Pilihan

BYD AKAN BUKA FASILITI PEMASANGAN KERETA ELEKTRIK DI VIETNAM

Pengeluar kereta elektrik terbesar di dunia iaitu BYD Auto Co. Ltd merancang untuk mengembangkan lagi fasiliti pemasangan kereta elektrik di luar China, kali ini di Vietnam. Rancangan BYD ini didedahkan dalam satu kenyataan bersama antara kerajaan Vietnam dan juga pengerusi BYD Auto Wang Chuanfu

Rancangan untuk mengembangkan lagi fasiliti BYD di Vietnam ini ini telah dirancang semenjak bulan Januari 2023 lagi, dengan sasaran untuk mengeksport sebahagian komponen yang dihasilkan ke negara yang lain termasuk Thailand.

Dalam kenyataan bersama antara Wang Chuanfu dan juga kerajaan Vietnam yang diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Tran Hong, Wang menjelaskan Vietnam dipilih dari kalangan negara ASEAN disebabkan beberapa polisi kerajaan dan juga infrastruktur yang menarik perhatian BYD bagi melabur dan membuka kilang BYD di sana

Kenyataan bersama ini tidak menjelaskan berapa banyak pelaburan yang akan dibuat oleh BYD di Vietnam nanti. Beberapa pakar menjelaskan antara faktor yang menarik perhatian BYD ialah kos buruh di Vietnam adalah murah dan akan merendahkan kos pengeluaran kenderaan BYD nanti

Buat masa sekarang BYD turut menjalankan operasi pemasangan peralatan elektronik di utara Vietnam di wilayah Phu Tho, juga merancang akan mengadakan jaringan penghasilan dan pembekalan rantaian bekalan peralatan dari industri Vietnam

Kehadiran BYD di Vietnam ini akan memberikan cabaran terus kepada VinFast, pembuat kenderaan elektrik yang memulakan operasi pada tahun 2019 dan merancang untuk mengembangkan pasaran ke Amerika dan juga Eropah

Pembukaan kilang di Vietnam ini juga adalah sebahagian daripada rancangan BYD untuk membina sat lagi kilang pemasangan kenderaan elektrik di Thailand dengan kapasiti tahunan 150,000 kenderaan pada tahn 2024 nanti

Pada tahun 20222, BYD telah menjual sebanyak 1.85 juta kenderaan dengan 49.5% daripadanya adalah elektrik dan 50.5% adalah plug-in hybrid. Ini membolehkan BYD mencatat keuntungan sebanyak RM 270.6 billion dan keuntungan bersih RM 10.6 billion, meningkat 403% berbanding tahun 2021

Google ads
Back to top button