Buletin

PRO-NET LANTIK HAP SENG SMART SEBAGAI PENGEDAR RASMI PERTAMA DI MALAYSIA

Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET), hari ini melantik Hap Seng Smart Sdn. Bhd. sebagai pengedar sah pertama kenderaan smart.

Pelantikan ini membuka peluang kepada PRO-NET memperkenalkan kenderaan elektrik serba baharu, smart #1 di Malaysia pada penghujung tahun 2023.

Ia juga merupakan sebahagian daripada strategi smart Malaysia untuk membuat pelantikan pengedar premium baharu serta menubuhkan Pusat Jenama smart serba baharu atau smart Space.

Selain itu, bilik pameran pertama juga akan dibuka pada suku keempat di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur diikuti sebuah lagi bilik pameran di Balakong, Selangor.

Hap Seng, pengedar jenama eksklusif Mercedes-Benz, bakal menyediakan kepakaran teknikal selain, menawarkan pengalaman pembelian premium kepada pelanggan.

Sementara itu, beberapa pengedar sah smart yang lain akan dilantik dan bakal diumumkan kelak.

Untuk rekod, smart #1 dikuasakan oleh motor elektrik tunggal, berupaya menghasilkan 268hp, tork 343Nm manakala kuasa daripada pek bateri berkapasiti 66kWh itu disalurkan ke roda belakang dengan daya pecutan 0-100km/j dalam masa 6.7 saat.

Dengan sekali caj, ia boleh bergerak sekitar 420km hingga 440km dan kelajuan dihadkan kepada 180km/j.  Rangkaian kuasa tersebut menawarkan pengecasan AC 72kW dan DC 150kW.  

Google ads
Back to top button