
BYD DOLPHIN, EV SEGMEN B HARGA PERMULAAN RM 99K SAJA.
BYD Dolphin merupakan pertaruhan terbaru usaha BYD dalam melebarkan pengaruh mereka untuk pasaran Malaysia. Dengan posisi sebagai sebuah kereta elektrik permulaan, kami jangkakan yang BYD Dolphin akan dijual dengan harga permulaan sekitar RM 105,000 sahaja. Berikut ialah fakta berkenaan dengan BYD Dolphin bagi rujukan anda
1. Saiz – BYD Dolphin datang dengan saiz 4125mm panjang, lebar 1770mm, dan tinggi 1570mm. Disebabkan BYD Dolphin menggunakan bateri yang kompak dan motor elektrik, maka ruang penumpang telah dibesarkan dengan jarak antara roda menjadi 2700mm
Saiz ini menjadikan ruang dalaman BYD Dolphin hampir sama dengan kenderaan segmen C serta ruang kaki yang bagus di bahagian belakang menjadikan Dolphin amat luas walaupun kelihatan kecil dari luar

2. Bateri – menggunakan LFP Blade Battery yang dihasilkan sendiri oleh BYD dengan saiz 30.7kWh bagi membolehkan ia dipandu sejauh 301km (NEDC) untuk satu pengecasan penuh. Standard Range akan dipadankan dengan motor elektrik yang menjana 94 kuasa kuda serta 180Nm tork
Bagi varian ini, baterinya mampu dicaj dari 30% ke 80% dalam masa 30 minit dengan pengecaj 60kWh. Bagi pengecasan AC, sistem On Board Charger datang dengan sistem 7kW. Dalam aspek pecutan pula, 0-50km/jam dibuat dalam masa 3.9 saat
3. Extended Range – dipasang dengan bateri yang lebih besar bersaiz 44.9kWh bagi membolehkan ia dipandu sejauh 410km (NEDC) bagi satu pengecasan penuh. Varian ini akan dipasang dengan motor elektrik yang menghasilkan 174 kuasa kuda dan 290Nm tork. Pecutan 0-50 boleh dibuat dalam masa 3 saat sahaja

4. Platform – BYD Dolphin dibangunkan atas platform elektrik yang baru iaitu BYD e-Platform 3.0 yang menawarkan susun atur serta agihan berat bateri yang lebih baik. Motor elektrik akan dipasang di depan platform dengan semua kuasa akan dihantar ke roda depan
Suspensi depan menggunakan McPherson manakala suspensi belakang menggunakan torsion beam. Bagi pasaran Thailand yang telah dilancarkan, ia menggunakan tayar 195/60 dengan rim bersaiz 16 inci
5. Ruang kargo adalah sekitar 345 liter dan angka ini tidak jauh daripada ruang yang ditawarkan pada Honda HR-V. Apabila kusyen dilipat, ruang ini akan dibesarkan kepada 1310 liter. Untuk ruang dalaman, 3 penumpang belakang boleh duduk dengan selesa apabila dicuba oleh penulis dengan ketinggian 165cm.

6. Rekaan luar BYD Dolphin diselia oleh Wolfgang Josef Egger iaitu jururekabentuk yang pernah bekerja sebagai Chief Designer Alfa Romeo, SEAT dan juga Audi. Antara rekaan yang menarik perhatian termasuklah rekaan lampu belakang yang menarik dengan penggunaan LED tube light.
7. Selain dilengkapi dengan lampu depan LED, BYD Dolphin juga disertakan dengan ciri V2L (Vehicle To Load) yang membenarkan pemandu menggunakan kuasa elektrik yang ada pada Dolphin untuk peralatan elektrik ketika aktiviti luar rumah. Bagi pasaran China, Dolphin datang dengan bumbung suria (moonroof)
8. Bagi pasaran luar negara, BYD Dolphin datang dengan sistem keselamatan yang canggih seperti Amaran Titik Buta, Auto High Beam, Lane Departure Warning , Lane Keep Assist, Front/Rear Cross Traffic Alert dengan Brek Automatik dan juga Brek Kecemasan Automatik

9. Dengan rujukan harga BYD Atto Standard Range yang bermula dengan harga RM 149,800, kami menjangkakan BYD Dolphin mungkin akan dijual dengan harga serendah RM 99,000 bagi Standard Range dan harga maksima ialah RM 120,000 bagi Extended Range