
BYD JEPUN UMUM KENDERAAN ELEKTRIK BATERI (BEV) BERADA DI PASARAN MULAI 2023, PERTARUHKAN SUV ELEKTRIK ATTO 3
BYD divisyen Jepun mengumumkan akan menjual kenderaan elektrik bateri (BEV) pertamanya di negara itu awal tahun depan.
BYD China, di mana Berkshire Hathaway memiliki pegangan, berkata ia akan melancarkan SUV elektrik, ATTO 3, di Jepun mulai 31 Januari. Kereta itu mempunyai jarak pelayaran sejauh 485 kilometer dan dijual pada harga AS$32,735.66 (RM144,233).
Sebagai perbandingan, model standard Leaf elektrik Nissan Motor Co mempunyai jarak pelayaran sejauh 322 kilometer dan berharga kira-kira AS$26,986 (RM118,900).

Dalam pada masa yang sama, BYD Jepun turut merancang untuk memperkenalkan dua lagi model menjelang akhir 2023 dan lebih 100 pengedar di Jepun menjelang akhir 2025, kata syarikat itu.
Model hibrid petrol-elektrik kekal lebih popular berbanding BEV di Jepun. Walau bagaimanapun, bahagian kenderaan yang dipacu bateri dijangka berkembang, sebahagiannya disebabkan oleh pembuat kereta dari luar Jepun seperti BYD dan Volkswagen memasuki pasaran.
Selain itu, bermula Januari, BYD sedang berusaha untuk menubuhkan peruncit tentatif di 22 bandar, serta meliputi 47 wilayah.
Baru-baru ini, pembuat kereta Jepun dikecam teruk oleh aktivis alam sekitar kerana kenderaan elektrik bateri sedia ada tidak cukup pantas.
“Kami berharap dapat membuat kehadiran kami dirasai sedikit demi sedikit sambil berusaha ke arah neutraliti karbon kerana pelanggan kami menuntut pelbagai pilihan,” kata Atsuki Tofukuji, ketua eksekutif BYD Auto Japan.
- BACA: DEMI BYD ATTO 3, PEMBELI DI THAILAND SANGGUP BERATUR SEAWAL 8 MALAM. DAH MACAM BELI IPHONE
- BACA: BYD RAIH UNTUNG BERSIH RM3.7 BILION PADA Q3 2022. TESLA PUN KALAH
- BACA: WARREN BUFFETT JUAL RM2.7 BILION SAHAM BYD DALAM TEMPOH DUA BULAN. KAUT UNTUNG 35 KALI GANDA!
- BACA: PESAING ALPHARD, BYD DENZA D9 DILANCARKAN DI CHINA. HARGA BERMULA RM220K







