Buletin

BYD KINI DI PASARAN JEPUN, PERTARUH MODEL EV ATTO 3

BYD melancarkan pengedar pertamanya di Yokohama, Jepun baru-baru ini dalam usaha memperluaskan lagi jenama itu di pasaran global.

BYD ialah penjual model EV dan hibrid plug-in terbesar di dunia pada 2022 dengan jumlah jualan sebanyak 1.86 juta kenderaan dan jauh mendahului Tesla (1.3 juta) di China.

BYD turut mempunyai rancangan untuk membuka lebih daripada 100 pengedar di Jepun menjelang akhir tahun 2025.

Tetapi BYD bakal menghadapi tugas sukar di di Jepun kerana model petrol dan hibrid jauh lebih popular berbanding EV.

Cabaran lain perlu dihadapi oleh BYD adalah sembilan daripada 10 kereta yang dijual setiap tahun di Jepun adalah dibina oleh syarikat domestik seperti Toyota.

“Jika pelanggan mempercayai kami dan mencuba BYD, kami akan mempunyai peluang yang baik untuk berjaya di sini,” kata Presiden BYD Auto Japan, Atsuki Tofukuji.

Di pusat pengedar tersebut, BYD mempamerkan kenderaan SUV elektrik ATTO 3 yang mempunyai jarak tempuh sejauh 485 kilometer pada harga pasaran AS$33,744 (RM143,945).

Setakat ini, kira-kira 30 orang telah menghubungi pengedar Yokohama untuk bertanya tentang kereta baharu itu.

Selain Jepun, BYD baru-baru ini mula mengeksport ke India dan Thailand, di mana ia merancang untuk membina hab pengeluaran Asean yang pertama. – Free Malaysia Today

Google ads
Back to top button