Buletin

SIME DARBY MOTORS SERAH 100 UNIT PERTAMA BYD ATTO 3 KEPADA PELANGGAN MALAYSIA

Selepas kejayaan pelancaran BYD di Malaysia dengan 1,000 pesanan diterima untuk Energy Awaken ATTO 3 dalam masa hanya 10 hari, BYD mencatat satu lagi pencapaian penting dengan penyerahan 100 unit pertama SUV elektrik berkenaan kepada pelanggan Malaysia.

Hadir dalam dua varian, BYD ATTO 3 dijual pada harga bermula RM149,800 bagi Standard Range (Standard) dan RM167,800 untuk Extended Range. Terdapat lima pilihan warna iaitu biru, merah, hijau, putih dan kelabu. 

Jentera itu mampu bergerak sejauh 480km dengan sekali caj. Dibina menggunakan teknologi terkini BYD dengan e-platform 3.0, SUV EV itu dilengkapi pelbagai ciri pintar, sistem keselamatan termaju,  dan rekaan menarik. 

“Melalui penyerahan pertama BYD ATTO 3 kepada pelanggan, kami harap dapat mengekalkan momentum dengan membawa masuk lebih banyak unit ke Malaysia tidak lama lagi. 

“Kami juga berusaha untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah bagi pilihan kenderaan mesra alam dalam kalangan rakyat Malaysia, seiring cita-cita Malaysia untuk mencapai mobiliti rendah karbon,” kata  Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan.

Pelanggan yang ingin melihat dan memandu uji BYD Atto 3 boleh mengunjungi bilik pameran BYD di TREC KL di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut, sila layari http://byd.simedarbymotors.my/ atau ikuti FB di www.facebook.com/BYDCarsMalaysia 

Google ads
Back to top button