Buletin

BYD SEAL RASMI DILANCARKAN – DUA VARIAN, TAWAR JARAK GERAK 650KM, HARGA BERMULA RM179K

BYD hari ini secara rasmi melancarkan BYD Seal untuk pasaran tempatan dengan tawaran harga bermula RM179,800 (Premium) dan RM199,800 (Performance).

Dibina berdasarkan e-platform 3.0, BYD Seal merupakan model pertama dilengkapi teknologi CTB (sel pada badan) dan disepadukan bersama blade battery serta disokong oleh teknologi iTAC.

Untuk rekod, model ini juga adalah yang pertama mengguna pakai seni bina pacuan roda belakang, menetapkan piawaian baharu dalam kejuruteraan EV.

Dari segi dimensi, ia berukuran berukuran 4,800mm X 1,875mm X 1,460mm, jarak roda pada 2,920mm.

Gaya luaran, ia tampil dengan konsep ‘X’, menggabungkan gaya, prestasi serta reka bentuk aerodinamik selain, dipadankan bersama ciri-ciri seperti garis badan ombak, kaca panorama, rim aloi 19-inci spesifikasi 235/45 R19 dan lampu belakang LED.

BYD Seal menawarkan ruang yang luas di mana ia mempunyai ruang but berkapasiti 400L dan tambahan 50L di bawah bonet.

Di bahagian dalam, ia menerima kemasan Hitam Thaumas, penukar gear kristal, skrin sentuh berputar 15.6-inci dengan sokongan sistem pintar BYD dan disepadukan bersama Aplikasi BYD.

Perincian lain termasuklah disertakan bersama sistem audio premium HIFI Dynaudio dan dilengkapi sistem penapisan PM2.5.

Beralih pada kuasa, perincian bagi setiap versi adalah seperti berikut:

  • Premium: Kuasa maksimum 309hp, pek bateri 82.56kWj, jarak gerak maksimum 650km
  • Performance: Kuasa maksimum 523hp, pek bateri 82.56kWj, jarak gerak maksimum 580km

Dengan nadi berkenaan, ia mempunyai daya pecutan dari 0-100km/j dalam masa hanya 3.8 saat sahaja manakala keupayaan pengecasan pantas sehingga 150kW, mengambik masa tempoh 37 minit bagi pengecasan dari 10-80%.

Dari segi keselamatan, ia didatangkan dengan kelengkapan sistem kamera resolusi tinggi 360 darjah, sistem bantuan pemanduan tercanggih (ADAS) terdiri daripada Amaran Pelanggaran Berdepan, Brek Kecemasan Automatik, Bantuan Pengekalan Lorong dan banyak lagi.

Seperti dinyatakan di atas, BYD Seal boleh dimiliki pada harga bermula RM179,800 untuk varian Premium sementara varian Performance diberi tanda harga bermula RM199,800.

GALERI:

Google ads
Back to top button