Buletin

CABARAN SUPER MILEAGE ISUZU – MENANGI HADIAH UTAMA RM15K!

Isuzu Malaysia bakal menawarkan hadiah wang tunai kepada pemilik bertuah Isuzu D-Max yang berjaya membuktikan betapa tahan dan lasaknya trak pikap mereka.  

Justeru, Isuzu Malaysia ingin menyeru dan mengenali para pemilik Isuzu D-Max yang telah mencatatkan bacaan jarak perjalanan paling tinggi pada kenderaan mereka di Malaysia.

Sebagai tanda penghargaan kepada kesetiaan mereka, Isuzu Malaysia ingin memberikan ganjaran melalui peraduan “Cabaran Super Mileage”. 

Pemilik hanya perlu menghantar maklumat secara atas talian sebelum 31 Julai untuk layak memenangi hadiah utama bernilai RM15,000.

“Kebanyakan pemilik kenderaan Isuzu terdiri daripada mereka yang mencatatkan jarak perjalanan yang tinggi, memanfaatkan kos penggunaan yang rendah hasil daripada ketahanan dan prestasinya. Menempuh jarak perjalanan beratus kilometer setiap minggu adalah perkara biasa bagi mereka. 

“Kami ingin bertemu dengan pemilik-pemilik seperti ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana kenderaan Isuzu telah membantu urusan pengangkutan mereka,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki.

Peraduan ini terbuka kepada semua pemilik persendirian mahupun korporat yang telah mencatatkan jarak perjalanan minumum 200,000km pada Isuzu D-Max mereka.

Melalui kod QR pada laman web Isuzu Malaysia, pemilik hanya perlu mengikuti arahan mudah untuk memuat naik jarak perjalanan dan keadaan kenderaan masing-masing. 

Di hujung tempoh peraduan ini, pemilik yang mempunyai jumlah jarak penggunaaan paling tinggi yang disahkan akan membawa pulang hadiah lebih daripada RM38,888.

Laman web berkenaan juga akan memaparkan pendahulu semasa peraduan berkenaan, begitu juga dengan terma dan syarat peraduan. 

Pemilik-pemilik Isuzu D-Max boleh melayari laman https://isuzumalaysia.net atau Facebook untuk perincian lanjut berkaitan peraduan ini.

Google ads
Back to top button