Buletin

26 MOTOSIKAL MUSNAH TERBAKAR DI PARKIR FLAT

Sebanyak 26 motosikal musnah dalam kebakaran di Flat DBKL Tun Razak, Kuala Lumpur malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 12.48 tengah malam .

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, Azhar Abd Rahman berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dan BBP Sungai Besi membabitkan kekuatan 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya jentera di lokasi, didapati kebakaran membabitkan 26 motosikal terbakar 100 peratus.

“Motosikal berada di parkir flat. Kebakaran dapat dikawal pada 1,02 pagi dan dipadam sepenuhnya pada 1. 06 pagi.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.- Harian Metro

Google ads
Back to top button