
NISSAN NV350 CARAVAN CONCEPT. KEBEBASAN BEKERJA DI MANA-MANA SAHAJA
Pengeluar kenderaan, Nissan mendedahkan jentera konsep terbaharu berdasarkan NV350 dikenali sebagai Office Pod yang memberi kebebasan melakukan pekerjaan di dalam kenderaan.
Apa yang menarik tentang van camper yang diperkenalkan pada Tokyo Auto Salon 2021 secara alam maya itu, ia amat sesuai digunakan sebagai pejabat bergerak terutama ketika berdepan pandemik Covid-19.
Di bahagian ruang dalaman, ia dilengkapi dengan perabot meja dan kerusi pejabat yang mampu digelongsorkan dari dalam hingga ke luar belakang van konsep tersebut sekali gus memberikan ruang lebih luas.

Dengan sentuhan moden berwarna putih, ia menyerlahkan lagi suasana pejabat tetapi memberi keselesaan dan kebebasan kepada pemilik jentera itu.
Selain itu, NV350 didatangkan bersama cerek yang boleh digunakan membuat teh ataupun kopi.
Tidak lengkaplah kalau tiada kemudahan pantri seperti pejabat sebenar kan?

Office Pod turut menawarkan dek khas yang dipasang pada bahagian bumbung. Ia didatangkan bersama paying dan kerusi malas.
Kalau penat bekerja atau sudah habis selesai melakukan tugasan, boleh berehat sampai menghirup secangkir kopi ataupun teh disulami udara segar.

Bahagian luaran pula, kenderaan konsep tersebut didatangkan dengan ciri standard tetapi mendapat kemasan seakan-akan pejabat dengan balutan vinil.
Biarpun, kemungkinan Nissan NV350 itu mempunyai beberapa kekurangan, idea pejabat bergerak sudah pasti mengujakan bukan? – carscoops
- BACA: JUAL NISSAN GTR35, HENDAK BIAYAI KERJA AMAL. 3 MINIT ORANG DAH BELI, RESPEK BRO NI!!!
- BACA: NISSAN GT-R 50 BY ITALDESIGN DITERBANGKAN KE JEPUN. TERHAD 50 UNIT, RM5 JUTA
- BACA: NISSAN SKYLINE GT-R R35 + DUCATI PANIGALE V4 S 2020, UNTUK DIJUAL. FREEGIFT Y15, HARGA RM500K NEGO
- BACA: RAVY CAMPER VAN PALING KECIL DI DUNIA?