Buletin

CARLOS GHOSN LETAK JAWATAN CEO NISSAN

Semalam, Carlos Ghosn mengumumkan perletakan jawatannya sebagai CEO Nissan berkuat kuasa 1 April 2017. Berita yang mengejutkan dalam industri automotif dunia bagi lelaki yang cukup terkenal kerana menyelamatkan Nissan dengan penubuhan pakatan Renault-Nissan pada 1999.

BACA: CARLOS GHOSN-LELAKI AJAIB DI SEBALIK NISSAN

BACA: MITSUBISHI EVO 10 TERAKHIR DILELONG

Ghosn, 62 tahun meninggalkan potfolio tersebut kepada Hiroto Saikawa, sebelum ini sebagai naib pengerusi. Namun Ghosn akan terus kekal sebagai pengerusi sehingga ke satu tarikh yang diberitahu kelak.

“Masanya telah tiba, saya perlu menyerahkan tanggungjawab kepada Nissan sendiri,” ujar beliau ketika ditemuramah di Tokyo semalam.

Setelah hampir dua dekad menerajui jenama penting bagi dua benua berbeza, Ghosn terbukti berjaya meletakkan Nissan ke posisi yang lebih selesa. Beliau merupakan lelaki “gaijin” (asing) yang jarang-jarang sekali mendapat kepercayaan dalam tradisi konglomerat untuk menerajui syarikat automotif di Jepun.

Setelah mengambil alih Mitsubishi pada Oktober tahun lepas menerusi pegangan 34 peratus saham, secara teknikalnya Ghosn merupakan pengerusi bagi 3 syarikat automotif berbeza. Tidak dinafikan, ia satu cabaran yang belum pernah dihadapi oleh mana-mana individu dalam industri ini. Mengendalikan syarikat automotif dengan polisi pasaran moden yang mencabar dan menyusun semula perniagaan supaya lebih kompetitif.

Hiroto Saikawa merupakan salah seorang kakitangan Nissan yang berdedikasi sejak bersama syarikat itu. Beliau antara kumpulan pengurus awal yang dihantar ke Eropah pada 1999 sewaktu Pakatan Renault-Nissan baru ditubuhkan.

Beliau kemudian menggantikan Ghosn di Amerika sebagai Ketua Operasi Nissan pada 2007. Perlantikan Saikawa membolehkan Nissan membuat keputusan lebih pantas. Sementara Ghosn akan menumpukan perhatiannya pada syarikat yang baru dimiliki – Mitsubishi.

Jika Ghosn boleh buat keputusan bina semual GT-R, kami tidak nampak sebab kenapa beliau tidak bina semula Mitsubishi Evolution.

Kan?

Google ads
Back to top button