Buletin

NISMO SERTAI SUZUKA 1K KM KALI TERAKHIR MINGGU INI

Tajuk ini mengelirukan atau macam mana? Sekali baca macam NISMO atau Nissan GT-R NISMO GT500 akan direhatkan buat selama-lamanya dalam dunia perlumbaan berprestij Suzuka 1000km.

Dua kali baca baru faham, rupa-rupanya perlumbaan yang pertama kali diadakan pada tahun 1966 itu sudah sampai ke penghujungnya pada minggu ini.

Untuk musim depan, format telah ditukar di mana perlumbaan 300km akan diadakan untuk kejuaraan Super GT manakala perlumbaan Suzuka 1000km ditukar kepada 10 jam dan eksklusif untuk kategori kereta GT3 atau GT300 sahaja.

Ini bermakna tiada lagi kelibat Nissan GT-R NISMO GT500 dalam format perlumbaan Suzuka baharu kecuali untuk acara 300km.

Perlumbaan Suzuka 1000km mula dianjurkan pada tahun 1966 dan Nissan berjaya menakluk acara tersebut pada tahun 1970 dengan pelumba Kawakami Nishino dan Koji Fujita. 

Kejayaan diteruskan oleh beberapa lagi pelumba iaitu Kunimitsu Takahashi dan Kenji Tohira (1973), Kazuyoshi Hoshino dan Toshio Suzuki (1990), Takao Wada dan Toshio Suzuki (1993), Benoît Tréluyer, Kazuki Hoshino dan Jérémie Dufour (2006 ), Tsugio Matsuda dan Sébastien Philippe (2008) dengan yang terakhir sekali oleh Masataka Yanagida dan Ronnie Quintarelli pada tahun 2012.

Pada dua pusingan Super GT sebelum ini, NISMO berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Satoshi Motoyama dan Katsumasa Chiyo adalah naib juara di Litar Sugo pada 23 Julai lalu manakala Ronnie Quintarelli dan Tsugio Matsuda mengulangi kedudukan sama di Litar Antarabangsa Fuji Speedway pada 6 Ogos lepas.

Persaingan GT500 agak sengit sebenarnya apabila Quintarelli dan Matsuda sekarang ini berada dirangking kelima tetapi hanya tiga mata di belakang pendahulu perlumbaan.

Dan untuk kali pertama, pemenang GT Academy iaitu Jann Mardenborough akan berlumba dalam kelas GT500 di Suzuka dan turut disertai oleh Hiro Yasuda yang tamat di tempat kelima di litar Fuji.

Perlumbaan Super GT bukan calang-calang kerana ia turut disertai pelumba ternama dunia termasuk Heikki Kovalainen yang memandu untuk Lexus Team SARD dan bersama seorang lagi pemandu iaitu Kohei Hirate telah menjuarai perlumbaan tersebut hanya selepas musim kedua.

Negara kita turut mempunyai sejarah dalam perlumbaan ini di mana pada tahun 2008 dan 2009, Petronas Toyota Team TOM’S dan Lexus Team Petronas TOM’S adalah juara musim tersebut.

Mutiara Motors turut mempunyai tajaan dalam kelas GT300 di mana RX-7 yang digunakan dipamerkan di bilik pameran mereka di Johor Bahru.

BACA: NISSAN GT-R R34 V-SPEC II Nür R-TUNE – RM1.03 JUTA, KASTA TINGGI SELEPAS GT-R NISMO Z-TUNE 

BACA: HARGA NISSAN GT-R NISMO 2017 NAIK RM410K – KUASA TETAP 600hp

Kredit foto: Nissan/NISMO

Google ads
Back to top button