;
Buletin

CAYENNE PLUG-IN HYBRID ADALAH CAYENNE PALING BERKUASA DI ANTARA CAYENNE! 680 PS, 900 Nm!

Apabila nadi kuasa mesra alam seperti motor elektrik dan bateri memasuki liga kereta sport maka bersedialah untuk mendengar berita yang tidak masuk akal.

Misalnya kereta yang berkuasa hampir 1,000 hp dan daya kilas 1,300 Nm. Dua angka tersebut jarang kedengaran untuk kereta dengan enjin pembakaran dalaman.

Kemudian apa yang akan terjadi apabila teknologi mesra alam dan enjin berkuasa tinggi digabungkan pada sebuah SUV?

Inilah hasilnya, Porsche Cayenne Turbo S E-Hybrid dan Cayenne Turbo S E-Hybrid Coupé berkuasa 680 PS (500 kW) daripada padanan enjin 4.0 liter V8 550 PS (404 kW) dan motor elektrik bersepadu 136 PS (100 kW).

Daya kilas maksimum kedua-dua SUV ini ialah 900 Nm dan ia boleh digunakan bermula dari rpm yang rendah. 

Kuasa pecutan dari 0 hingga 100 km/j untuk kedua-dua SUV hanya 3.8 saat dan kelajuan maksimum ialah 295 km/j.

Dalam mod elektrik, Cayenne Turbo S E-Hybrid dan Turbo S E-Hybrid Coupé boleh dipandu sehingga 40 kilometer.

Motor elektrik Cayenne Turbo S E-Hybrid ditempatkan di antara enjin V8 dan transmisi lapan kelajuan Tiptronic S. Dalam mod pemanduan E-Power, motor elektrik boleh memacu sehingga kelajuan 135 km/j.

Bateri lithium-ion pula disimpan di bawah lantai dan mempunyai kapasiti 14.1 kWh. Bateri voltan tinggi ini boleh dicas sehingga penuh dalam masa 2.4 sahaja jam dengan pengecas AC 7.2 kW dan sambungan 400 volt dan fius 16 amp.

Untuk soket domestik konvensional dengan 230 volt dan 10 amp, masa yang diambil untuk pengecasan penuh ialah enam jam.

Berapakah harga dua SUV premium mesra alam dan berkuasa ini? Harga permulaan Porsche Cayenne Turbo S E-Hybrid ialah EUR 172,604 (RM810,400) manakala Cayenne Turbo S E-Hybrid Coupé pula RM 176,293 (RM827,720)

Tags
Google ads
Back to top button