Apabila Racing Boy melancarkan rim forged FG510 sekitar tahun 2016 ke pasaran, ia belum menjadi satu fenomena pun. Rim dengan tanda harga sekitar RM2,400 ini hanya “meletup” selepas geng Yamaha Y15ZR memulakan trend.
Sebenarnya, rim ini bukan direka untuk Yamaha Y15ZR pun. Perumah asalnya direka untuk model Yamaha LC135 Extreme Spirit (LC klac 5 kelajuan – yang telah dihentikan pengeluarannya). Ia perlukan modifikasi kecil bagi memuatkan kepada model Y Suku
Dua tahun selepas dilancarkan, rim ini menjadi buruan dan harganya mula melambung tinggi. Diperkenalkan dengan tiga warna iaitu biru, merah dan oren dengan harga yang sama namun disebabkan pengeluarannya yang terhad, permintaan warna oren adalah paling tinggi dan pernah ia dijual mencecah RM6,000.
Ya. sudah hampir sama dengan rim Volks Racing forged TE37 buatan Jepun 15 inci yang kau boleh dapat empat biji.
Fenomena FG510 ini tidak pernah surut dan kadangkala jadi bahan jenaka bagi sesetengah orang yang tak dapat fikir kenapa harga jualannya sangat merapu.
Hari ini, harga satu set FG510 berada pada lingkungan RM3,600 ke atas – bergantung pada siapa yang menjualnya.
VERSI KLON DAH SAMPAI
Seperti mana-mana produk yang mempunyai permintaan tinggi, cuma masa yang menentukan bila versi “copy ori” akan sampai.
Semalam, beberapa reseller tempatan kelihatan sudah mengiklankan versi klon ini dan mereka sudah mula mengambil pesanan.
https://www.facebook.com/177750372948997/videos/412202876068638/
Berbeza dengan versi ori RCB yang dibuat menggunakan teknologi “forged”, kelihatannya rim versi klon ini dibuat dengan menggunakan aloi biasa. Ia juga didatangkan dengan tambahan satu warna lagi iaitu “emas” menjadikan semuanya ada empat pilihan warna.
BACA: 5 KELEBIHAN RIM FORGED
BERAPA HARGANYA NI?
Tidak murah juga. Mengikut semakan kami dengan beberapa reseller, ianya dijual sekitar RM8XX. Cuma ada satu seller semalam Abang Japar jumpa dalam group dia iklankan RM5XX.
Mahal?
Kalau RM8XX untuk set rim aloi/cast iron, memang mahal. Mungkin sebab ia masih baru atau teknologi cat jenis “candy” itu yang memakan lebih modal, agaknya lah.
Tapi kalau melihat pada gambar dan video di atas, kualitinya agak bagus juga.
Jadi.
Apa khabar collectors FG510 Racing Boy? Apa nasib harga pasaran RCB original?
GALERI