Motosikal

CFLITE 250DUAL LANCAR DI MALAYSIA DISEMBER INI – 24HP, 22.5NM

Sekitar bulan Mei lalu, CFMOTO Malaysia memperkenalkan sportsbike mampu milik menerusi CFLite 250NK yang dijual pada harga hanya RM9,888. 

Berdasarkan perkembangan terbaru, kami difahamkan bahawa CFMOTO Malaysia bakal melancarkan CFLite 250Dual untuk pasaran Malaysia pada bulan Disember ini. 

Berbeza dengan 250NK yang hadir dengan reka bentuk motosikal ‘naked’, Dual 230 pula bercirikan motosikal lasak dan versatil.

Menggerakan 250Dual ini adalah unit satu silinder 249.2cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 24hp pada 8,000rpm dan 22.5Nm pada 7,000rpm. Berbeza dengan 230Dual yang dipasarkan di Filipina yang mengguna pakai sistem karburator, versi 250cc ini pula menggunakan suntikan bahan api (EFI). 

Kelengkapan lain ditawarkan termasuk:

  • tangki bahan api 13L
  • cakera brek 265mm depan
  • cakera brek 220mm belakang
  • lampu LED
  • rim spoke (tube)
  • USB Type-A
  • meter digital LCD

Melengkapkan CFLite 250Dual ini sebagai motosikal dual-purpose adalah penggunaan rim berukuran 21-inci depan dan 28-inci belakang. Menariknya, ABS juga didatangkan secara standard.

Pakej suspensi terdiri dari fork teleskopik di bahagian depan dan penyerap hentak tunggal (monoshock) di bahagian belakang yang menawarkan jarak kelegaan tanah sekitar 245mm. Berat keseluruhan jentera pula adalah 154kg.

GALERI: CFLITE 250 DUAL

Google ads
Back to top button