Motosikal

CFMOTO 1000MT-X MENDARAT DI EROPAH – 113HP, 105NM

Selepas membuat debut sulung di EICMA 2025, CFMoto dengan rasminya melancarkan 1000MT-X serba baharu di Eropah. 

Kerjasama dengan KTM antara penyumbang terbesar terhadap lahirnya 1000MT-X ini. Ini kerana ketika 800MT-X dikuasakan enjin LC8c yang sama terdapat pada KTM 790 Duke dan 790 Adventure, 1000MT-X pula berkongsi platform yang sama dengan 990 Duke. 

Pelancaran 1000MT-X juga satu pencapaian tersendiri buat CFMoto kerana memperkenalkan motosikal adventure lebih awal dari KTM yang masih belum merasmikan 990 Adventure setakat ini. 

Atas kertas, 1000MT-X menawarkan 113hp pada 8,500rpm dan 105Nm pada 6,250rpm yang terhasil dari unit parallel-twin 946.2cc. 

Sebagai motosikal adventure, 1000MT-X ini turut dilengkapi dengan ciri yang praktikal sebagai sebuah jentera kembara termasuk tangki bahan api berkapasiti 22.5L dan rim 21-inci depan dan 18-inci belakang. 

Motosikal ini juga menawarkan ciri premium termasuk:

  • fork KYB 48mm boleh laras
  • monoshock KYB boleh laras
  • brek Brembo
  • 6-axis IMU (cornering ABS, lean sensitive traction control)
  • empat mod (Rain, Standard, Off-Road dan All-Terrain)
  • klac slipper
  • grip pemanas
  • tempat dudk dengan fungsi pemanas
  • USB Type-A dan Type-C
  • penghadang angin boleh laras

Segala maklumat motosikal boleh diakses menerusi paparan meter TFT 8-inci dengan fungsi touchscreen termasuk TPMS. Selain itu, tayar Pirelli Scorpion Rally STR turut didatangkan secara standard. 

Bagi pasaran Eropah, CFMoto 1000MT-X ini ditawarkan pada harga EUR11,499 (RM52.8k). 

GALERI: CFMOTO 1000MT-X

Google ads
Back to top button