Motosikal

HANWAY BOB250 MENDARAT DI MALAYSIA – RM17,800

Hanway Malaysia memperkembang tawaran motosikal di Malaysia kali ini menerusi Hanway BOB250 yang boleh didapati dengan harga RM17,800. 

BOB250 tampil dengan reka bentuk motosikal jenis cruiser dengan gaya retro yang diilhamkan dari Britain sekaligus menawarkan ciri seperti lampu bulat, tangki berbentuk ‘teardrop’, tayar yang besar dan ekzos berkembar. 

Menggerakan BOB250 ini adalah enjin dua silinder 248cc yang berupaya menjana 25hp pada 8,000rpm. Bagaimanapun, tida dinyatakan jumlah tork yang dihasilkan. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan. 

Meskipun hanya 250cc namun BOB250 ini hadir dengan ciri penting antaraya ABS sebagai standard. Ciri lain ditawarkan termasuk lampu LED penuh, meter gabungan analog dan digital serta cakera brek depan dan belakang. 

Menurut Hanway, BOB250 menawarkan pengalaman menunggang yang lebih santai dan selesa terutamanya untuk penunggang baharu. Bagi pasaran Malaysia, BOB250 hadir dengan empat warna berbeza, Gloss Black, Yuppie Red, Pepper White dan Space Grey. 

Menariknya, Hanway menerusi kempen pendaftaran Early Bird, pendaftaran model kumpulan pertama BOB250 layak menerima cashback RM800. 

GALERI: HANWAY BOB250

Google ads
Back to top button