Motosikal

VOGE SR450X LANCAR MEI INI DI MALAYSIA BIKE SHOW 2026

MForce BIke Holdings sedang mempersiapkan pelbagai model baharu untuk pasaran Malaysia dengan menjadikan Malaysia Bike Show 2026 sebagai pentas utama. 

Kami difahamkan antara model yang bakal memeriahkan pasaran motosikal temaptan adalah skuter adventure serba baharu, Voge SR450X. 

Menurut sumber, MForce akan memperkenalkan Voge SR450X itu di Malaysia Bike Show 2026 yang akan berlangsung dari 29 Mei hingga 1 Jun bertempat di MAEPS, Sedang. 

Skuter gaya adventure itu menarik perhatian ramai sebaik membuat debut global di EICMA 2025 ekoran menawarkan spesifikasi yang tinggi bagi skuter segmen 400cc. 

Ini kerana ketika pengeluar lain mengguna pakai enjin satu silinder, VOGE mengambil langkah berani dengan menyuntik unit dua silinder (parallel-twin_ 398cc dengan sistem penyejuk cecair. 

Hasilnya, SR450X ini berupaya menjana 41.85hp pada 8,000rpm dan 42Nm pada 5,750rpm. Untuk perbandingan, pesaing terdekat, Zontes 368G menawarkan 38.8hp dan 40Nm.

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:

  • ABS dual-channel 
  • TPMS (tyre pressure monitoring system) 
  • skrin TFT berwarna 7-inci
  • dashcam depan dan belakang
  • suspensi KYB
  • brek J.Juan dan Nissin
  • penghadang angin elektronik 
  • tangki 18L

Untuk rekod, Voge mempunyai pengalaman luas dalam pembinaan motosikal jenis skuter ekoran bertanggungjawab menghasilkan skuter BMW C 400 X dan C 400 GT di China. Kerjasama antara Voge (Loncin) dan BMW Motorrad telah terjalin selama 20 tahun.

Google ads
Back to top button