Motosikal

DOKUMEN VTA DI CHINA DEDAH CFMOTO 500SR – ENJIN EMPAT SILINDER, 78HP

CFMOTO telah mendaftarkan dokumen kelulusan jenis (VTA) baharu di China yang mendedahkan ketibaan model sportsbike baharu dinamakan CFMoto 500SR. 

Berbeza dengan 500SR VOOM yang menampilkan reka bentuk neo-retro, 500SR pula mengikut DNA yang sama seperti model SR sedia ada termasuk 675SR dan 750SR-S. 

*CFMoto 500SR VOOM

Untuk rekod, CFMoto pernah mempamerkan prototaip 500SR ini di China sekitar tiga tahun yang lalu sebelum jentera berkenaan diketepikan bagi memberi laluan pada 500SR VOOM. 

Namun pendaftarkan VTA terbaru di China itu membuktikan bahawa CFMoto merancang untuk memperkenalkan 500SR serba baharu itu tidak lama lagi. 

Berdasarkan gambar yang disertakan dalam dokumen berkenaan, jelas 500SR tampil dengan reka bentuk yang moden dan agresif seperti model 675 dan 750. Komponen seperti ‘brake scoop’ dan winglet juga ditawarkan. 

*CFMoto 675SR

Bagaimanapun, beberapa ciri yang ada pada 500SR VOOM turut dibawa pada 500SR antaranya casis, fork USD 41mm serta swingarm. 

Dokumen VTA tersebut turut mendedahkan 500SR ini mengguna pakai platform yang sama terdapat pada 500SR VOOM. Ini bermakna, 500SR turut dilengkapi dengan enjin empat silinder 499cc yang didakwa menawarkan 78hp pada 12,500rpm dan 49Nm pada 10,000rpm. 

Memandangkan kebanyakan ciri yang ditawarkan pada 500SR ini dibawa dari 500SR VOOM bermakna kami menjangkakan fungsi quickshifter (upshift sahaja) akan turut ditawarkan. 

Menariknya, dokumen berkenaan mendakwa 500SR adalah lebih ringan dari 500SR VOOM dengan 186kg berbanding 194kg. 

Google ads
Back to top button