Motosikal

RASMI: KTNS TT 150 CLASSIC LANCAR DI MALAYSIA – RM6,888

Selepas memperkenalkan jenama KAMAX di Malaysia tahun lalu, KTNS kembali dengan model baharu kali ini menerusi KTNS TT 150 Classic. 

Motosikal gaya scrambler itu sertai WMOTO NX150S yang diperkenalkan pihak MForce pada majlis buka puasa yang berlangsung pada Ahad. 

Menurut KTNS, TT 150 Classic ini boleh didapati dengan harga jualan hanya RM6,888 sahaja dan tampil dengan tiga warna pilihan, Dark Gold, Matt Black dan Matt Grey. 

Atas kertas, motosikal gaya retro ini menepati ciri-ciri sebuah motosikal scrambler termasuk jarak kelegaan tanah yang tinggi, ketinggian tempat duduk 840mm serta rim lidi berukuran 18-inci depan dan 17-inci belakang, masing-masing dipadankan dengan tayar jagung. 

Menggerakan TT 150 Classic ini adalah enjin satu silinder 149cc yang berupaya menghasilakn 10.4hp pada 7,500rpm dan 11.5Nm pada 5,500rpm. Motosikal ini turut dilengkapi dengan tangki berkapasiti 11L. 

Meskipun gaya retro, motosikal ini masih lagi menawarkan ciri moden termasuk meter digital LCD dengan petunjuk gear dan petunjuk minyak serta lampu LED penuh. 

Bagi yang bertanyakan mengapa tiada ABS kerana hanya motosikal berkapasiti 149.5cc ke atas sahaja yang wajib dilengkapi dengan ABS manakal TT 150 Classic ini hanya bersesaran 149cc. 

Google ads
Back to top button