
CFMOTO 750SR-S LANCAR DI MALAYSIA MEI INI – BAWAH RM40K?
Tahun lalu pihak CFMoto Malaysia telah membawa seramai 40 pengalam media ke China bagi menyaksikan beberapa model baharu tawaran CFMoto untuk pasaran global.
Antara model yang mencuri perhatian kami adalah jentera sportsbike empat silinder terbaru, CFMoto 750SR-S.

Untuk rekod, CFMoto telah pun mengumumkan CFMoto 750SR-S untuk pasaran global sekitar Julai tahun lalu namun model baharu itu hanya mula diedarkan ke pasaran dunia bermula tahun ini.
Terbaru, kami difahamkan pihak CFMoto Malaysia akan turut melancarkan motosikal itu pada bulan Mei tahun ini di Malaysia Bike Show 2026 yang akan berlangsung dari 29 Mei hingga 1 Jun bertempat di MAEPS, Serdang.

Ini bermakna, 750SR-S akan menyertai 675SR, 450SR dan 250SR disini. Dalam pada itu, selain model 750SR-S, CFMoto Malaysia akan turut melancarkan motosikal adventure, 1000MT-X.
Bagaimanapun, lebih mengejutkan, kami dimaklumkan bahawa 750SR-S itu bakal ditawarkan di Malaysia dengan harga bawah RM40k sahaja.
Atas kertas, 750SR-S dipacu dengan enjin empat silinder 749cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 110hp pada 10,250rpm dan 80Nm pada 9,000rpm.
Menurut CFMOTO, enjin empat silinder itu dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan quickshifter (upshift sahaja).

Perincian lain dinyatakan termasuk
- ketinggian tempat duduk 805mm
- jarak kelegaan tanah 140mm
- kapasiti tangki bahan api 17L
- berat 213kg *tangki penuh
- lampu LED
- skrin TFT 6.2″
- pengecas USB Type-C/Type-A
- TPMS
- ESS
- steering damper







