Motosikal

SIAPA KATA SKUTER PERLU MAHAL? WMOTO NX150S HANYA RM6,688 – DENGAN ABS, TCS

MForce Bike Holdings (MForce) mencetus kejutan ketika majlis berbuka puasa pada Ahad apabila melancarkan WMoto NX150S. 

Skuter berkenaan sememangnya mencuri tumpuan sebaik harga diumumkan apabila ditawarkan pada harga hanya RM6,688

Ini kerana ketika rata-rata skuter 150cc lain dijual dengan harga RM8 ribu ke atas, NX150S hadir dengan harga bawah RM7 ribu meskipun dilengkapi dengan ciri keselamatan moden seperti ABS dan traction control secara standard. 

Tidak cukup dengan itu, NX150S ini juga menawarkan tangki bahan api berkapasiti 15L sekaligus berkongsi takhta dengan SYM Husky 150. 

Atas kertas, NX150S ini menawarkan 15.8hp pada 8,500rpm dan 14.7Nm pada 6,500rpm yang terhasil dari enin satu silinder 149.6cc dengan sistem penyejukan cecair. 

Suspeni pula dibarisi fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang dengan pelarasan pra-beban. 

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:

  • panel meter digital LCD
  • keyless 
  • lampu LED penuh
  • pengecas UBS Type-A dan Type-C
  • ruang simpanan berkapasiti 19L

GALERI: WMOTO NX150S

Google ads
Back to top button