Buletin

CHERY TIGGO 3 BAHARU. INI BARULAH GAYA SUV

Jenama Chery ini antara merupakan pembuat kenderaan dari China yang handal dan serius dalam perniagaan. Eksport merata jenama Chery. Diantara model yang popular adalah Chery Tiggo. Beberapa tahun dahulu, Chery Tiggo ini juga pernah hadir ke pasaran Malaysia. Itu jam Chery Tiggo ni boleh tahan lawa kerana beriraskan kacukan rupa RAV4 dan juga CR-V.

Kini generasi terbaharu Chery Tiggo 3 telah pun diperkenalkan kepada pasaran. Rekaannya pun dah guna sendiri punya tanpa mengharap ihsan ilustrasi model jenama terkenal. Lebih dinamik orang kata. Nampak orait juga rekaan Tiggo 3 baharu ini. Malah, beberapa ciri seperti rel bumbung, pemijak tepi turut didatangkan secara standard. Tak payah lagi dah nak pergi kedai Abang pasang.

Trenkuasa Chery Tiggo 3 ini menggunakan enjin yang bersesaran 1.6 DVVT, yang mana asasnya dibina berdasarkan daripada enjin ACTECO. Enjin ini barangkali sedikit lemau apabila kuasa maksim hanya mencatatkan angka 93kW dengan tork 160 Nm. Untuk lebih berkuasa, boleh juga memilih enjin 2.0 DVVT yang mampu menghasilkan kuasa 100kW dan tork 180Nm. Enjin ini dipadankan pula dengan CVT tujuh kelajuan untuk pemanduan yang lebih lancar.

Casis SUV ini pula telah diperkuatkan dengan penggunaan logam dengan kekuatan yang dipertingkatkan. Malah, keempat pintu penumpang kini dilengkapi dengan bar pintu sisi yang turut sama dipertingkatkan sekaligus mengurangkan impak perlanggaran yang lebih teruk. Dan disebabkan itu, Chery hanya memasang dua sahaja beg udara untuk barisan hadapan. Selain daripada itu, beberapa ciri seperti ESP, ISO-FIX, TPMS dan juga Over-Speed Alarm.

Bahagian kabin Chery Tiggo 3 ini juga cukup selesa apabila menampilkan rekaan tempat duduk yang lebih ergonomik serta pelarasan pendingin hawa secara auto. Sistem infohiburan bersaiz 8 inci juga tersedia dengan pelbagai fungsi asas seperti sistem navigasi dan juga sambungan ke telefon pintar.

Sebenarnya ada sesuatu yang menarik tentang SUV ini untuk BK ulas. Tayar simpanan Tiggo 3 ini diletakkan di bahagian pintu belakang, sama seperti keluaran model pertama. Kalau kita perhatikan SUV moden sekarang ini semua tayar simpanan disimpan di bahagian bawah badan kenderaan. Di punya azab kalau nak menukar tayar Tuhan sahajalah yang Maha Mengetahui. Bila disangkut belakang begini, lengkap dengan penutup tayar yang bergaya, ini barulah gaya SUV sebenar. Kan?

BACA : ALKISAH CHERY TIGGO

BACA : EXCEED TXL – SUV MEWAH DARIPADA CHERY

Google ads

B K

Back to top button