
WRC 2022 – KERETA RALI HIBRID. OK KE TAK NI?
Senario perlumbaan World Rally Championship (WRC) bakal menyaksikan perubahan drastik bermula tahun 2022. Kereta rali hibrid bakal diperkenalkan sepenuhnya untuk berlumba. Timbul sedikit kebimbangan sama mantap lagikah bunyi ekzos kereta rali itu nanti? Bunyi serupa Formula E kah?
Tapi yang pasti, para peminat WRC akan tetap dapat mendengar bunyi decitan tayar membaham trek yang berliku, tukaran gear serta cengkeman brek, sama seperti sedia kala. Tapi kena tunggu sehingga tahun 2022 lah untuk kepastian.
Ini adalahperubahan terbesar dalam peraturan teknikal semenjak pengenalan Group A pada tahun 1987, kategori teratas WRC. Tetapi bermula 2022, tidak akan ada lagi sepenuhnya sistem pembakaran dalaman di masa akan datang. Selamat datang ke dunia rali hibrid.
Dalam tempoh 18 bulan akan datang, berlaku sedikit perubahan yang ketara dalam WRC. Pergerakan kereta rali di dalam bandar serta menuju ke Service Park akan menggunakan tenaga bateri sepenuhnya dan bukannya petrol, dalam usaha untuk sedikit meng-hijau-kan bumi.
Sistem hibrid ini akan dibekalkan firma dari Jerman, Compact Dynamics yang handal dalam dunia per-bateri-an. Malah, hampir kesemua perlumbaan membabitkan kereta elektrik dibekalkan oleh firma ini, termasuklah Formula E.
Compact Dynamics ini akan membekalkan E-motor, kuasa elektronik dan juga sistem pacuan. Bateri ini jika dicaj penuh mampu menhasilkan kuasa sehingga 100kw (130 HP) yang mana ianya akan disediakan oleh Kreisel Elektrics. Dengan tambahan kuasa kira – kira 130 HP ini, bermakna kereta rali WRC akan memperoleh kuasa maksimum sehingga 500 HP!
Dan mulalah timbul cadangan agar lebihan kuasa yang terhasil itu diarahkan ke perlumbaan SS misalannya untuk menguji sejauh mana ke-power-an kereta rali generasi baharu ini. Pengarah Rali FIA Yves Matton tidak menolak kemungkinan itu.
“Kami akan mempertimbangkan untuk menggunakan lebihan kuasa tersebut di mana – mana Peringkat. Tapi kita mesti berhati – hati di mana untuk menggunakannya”, menurut Yves Matton.

Anda mungkin pernah dengar ura – ura tentang model Toyota GR Yaris versi WRC yang sepatutnya beraksi pada tahun hadapan. Namun dengan perkhabaran terbaharu ini, pihak Toyota telah membatalkan hasrat memandangkan masa kian suntuk serta ditambah dengan perkhabaran baharu untuk musim 2022 nanti. Apa pun, kita tunggu sahajalah perkembangan rali seterusnya. Baki perlumbaan untuk musim WRC 2020 ini pun belum ada kata putus lagi. Masih menunggu keadaan terkini semasa.
BACA : PAKAR PEMBUAT KERETA RALI DARI POLAND – EVOLVE MOTORPSORT