Artikel Pilihan

ALKISAH CHERY TIGGO

Lebih kurang 10 tahun dahulu, jenama Chery agak gah juga di bumi Malaysia tercinta. Mereka menawarkan secomel QQ, MPV Eastar dan juga sebuah SUV Tiggo. Chery Tiggo ini kalau diikutkan sudah boleh diangkat sebagai lagenda SUV bagi Chery. Kini, Tiggo dianggap sebagai Siri SUV dalam keluarga Chery. Jom kita baca secara ringkas tentang Siri Tiggo ini.

Chery Tiggo

Ini adalah model SUV pertama mereka. Tipikal rekaan kenderaan dari China, paras rupanya berilhamkan sebuah Honda CR-V dan juga Toyota RAV4 di bahagian hadapan dan belakang. Barulah senang nak jual sikit kan?

Dan model ini juga diterima dengan agak baik juga di pasaran kita walaupun hanya varian manual sahaja yang ditawarkan. Pada aras harga RM80k, sudah tentu ia dianggap mampu beli. Apatah lagi model ori Tiggo ini turut dilengkapi dengan Dua Beg Udara pada bahagian hadapan. Model ini sebenarnya turut dikenali dengan Chery Tiggo 3.

Chery Tiggo 3x

Ianya adalah sebuah model yang diposisikan untuk berada di bawah model Tiggo. Dari segi saiznya, sedikit kecil berbanding model ori Tiggo. Chery Tiggo ini dibina berasaskan Chery Fulwin 2.

Model ini juga dikhususkan untuk pembeli pertama yang inginkan sebuah SUV berbanding tipikal kereta sedan. Harga yang ditawarkan kepada pembeli juga adalah yang paling murah berbanding Siri Tiggo yang ada. Menarik tentang model ini, ia turut dikilangkan di Brazil bagi menembusi pasaran di sana dan juga Chile.

Chery Tiggo 5

Rekaan SUV ini masih lagi kompak tetapi mempunyai rekaan dimensi yang sedikit besar berbanding Tiggo 3. Mengambil kira posisi nombor, mudah untuk kita mengagak bahawa Chery Tiggo 5 ini diposisikan lebih tinggi berbanding model Chery Tiggo 3.

Sudah tentu ketrampilan Chery Tiggo 5 ini lebih sporty dan bergaya. Cukup sajak untuk golongan eksekutif muda, Beberapa ciri menarik seperti Butang Penghidup, Skrin Sesentuh 7 inci, serta penggunaan rim bersaiz 18 inci menyerlahkan rupa Chery Tiggo 5 ini.

Chery Tiggo 7

Chery Tiggo 7 ini dibina khusus untuk penggemar SUV Kompak yang inginkan sesuatu yang lebih bergaya dan sedikit gaya mewah. Selain daripada tempat duduk bucket yang dibalut kulit, Chery Tiggo 7 ini turut dipasangkan dengan bumbung panorama.

Malah melihatkan rekaan luarannya juga kelihatan elegan terutamanya pada bahagian lampu utama yang menggunakan lampu jenis Trident Xenon. 

Chery Tiggo 8

Buat mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sedikit ramai (3 – 4 orang anak) tetapi masih ingin memandu sebuah SUV, maka Chery Tiggo 8 ini adalah pilihan yang paling ideal baut penggemar jenama Chery ini. Ianya boleh dikatakan sebagai model terbaharu dalam Siri Tiggo di mana Chery Tiggo 8 telah dilancarkan pada tahun 2018.

Untuk menggerakkan saiz badan kenderaan yang boleh tahan besar, Chery menggunakan enjin 1.5 liter dengan pengecas turbo yang mampu menghasilkan kuasa 152 HP selain daripada pilihan enjin 2.0 liter dengan kuasa 122 HP.

Entah mengapa, jenama Chery kini tidak lagi kelihatan di jalanraya kita. Sedangkan, pengguna kini sedang berebut – rebut memilih SUV buatan China (Geely Bouye) kan? Tak nak Malaysia semula ke?

BACA : EXCEED TXL – SUV MEWAH DARIPADA CHERY

BACA : CHERY EASTAR – MANA MENGHILANG

Google ads

B K

Back to top button