Artikel Pilihan

DFSK GLORY i-AUTO – BERSEDIA UNTUK MENEMUI BAPAK BAPAK DI INDONESIA

Sebelum ini Brader Karrager pernah membawakan perkhabaran tentang dua buah konglomerat dari Chinayang sakan menyerang negara seberang, Indonesia melalui penawaran SUV yang moden dan terkini. DFSK dan Wuling adalah dua nama gergasi China yang nampaknya semakin diterima baik di sana.

Sebelum ini PT Sokonindo Automobile selaku pengedar rasmi jenama Dongfeng Sokon ini terlebih dahulu memperkenalkan Glory 560 dan Glory 580 selain daripada sebuah model Super Cub bagi pasaran komersial. Dan sambutan yang diterima untuk model mereka boleh tahan bagus juga. Kini mereka bersedia sekali lagi untuk memperkenalkan sebuah lagi model SUV yang lebih premium, Glory i-Auto di pasaran Indonesia.

Sebetulnya DFSK Glory i-Auto ini bukanlah model baharu sepenuhnya. Ianya merupakan sebuah model Glory 580 yang dinaik taraf untuk menjadikannya sebuah model premium tapi masih lagi dengan harga yang mampu beli. Rupa luaran Glory i-Auto ini memang hampir tiada perbezaan yang ketara. Rekaan bamparnya jika dibanding dengan model asal, sudah tentu Glory i-Auto ini lebih menarik dan lawa. Bampar belakang juga turut menerima sentuhan baharu yang jelas kelihatan tampak lebih premium apabila ekzos berkembar digunakan.

Tapi sebenarnya model istimewa dari Dongfeng Sokon ini adalah apabila penggunaan sistem Arahan Suara turut digunapakai bagi menjadikannya lebih bergaya dan premium. Apatah lagi penggunaan sistem infortainmen jenis terapung di atas papan pemuka. Sistem yang dinamakan i-Talk ini telah disesuaikan dengan Bahasa Inggeris lenggok gaya penduduk Indonesia. Mudahlah sikit sistem ini nak faham arahan yang diberikan nanti. Lain – lain ciri seperti kelengkapan Kamera 360′, TPMS ( Tyre Pressure Monitoring System), ABS + EBD, EPB ( Electronic Parking Brake), dan juga Bumbung Panorama turut tersedia. Boleh dikatakan ianya adalah sebuah SUV moden yang hampir sempurna pada harganya.

Manakala ruangan kabinnya turut menerima tingkat taraf apabila tempat duduknya dibaluti kulit mahal menampilkan imej premium, seiring dengan kelengkapan yang pada model ini. Sulaman logo DFSK pada tempat duduk hadapan yang dibaluti kulit berwarna Hitam/Coklat menyerlahkan lagi imej ekslusif pada DFSK i-Auto ini.

Dari segi pilihan enjin, model ini masih lagi menggunakan nadi yang sama seperti Glory 580, enjin 1.5 liter dengan pengecas Turbo.Tiada sebarang perubahan dari segi kuasa. Cumanya Glory i-Auto ini dilengkapi dengan CVT yang baharu bagi memastikan enjin lebih responsif.

Buat pengguna di Indonesia sebenarnya mereka telah boleh menempah walaupun harganya masih belum diumumkan secara rasmi. Model SUV ini dijangka menemui para pembeli pada suku keempat tahun ini. Sebagai perbandingan, harga untuk varian tertinggi model Glory 580 adalah Rp 308,000,000 (RM91,195). Mungkin harganya sedikit premium tapi dengan spesifikasi yang ditawarkan, sesungguhnya ianya adalah berbaloi untuk dimiliki oleh Bapak Bapak di Indonesia sana.

BACA : GLORY 580 – SUV CHINA YANG BAKAL MENYERANG GARUDA

BACA : SEGLORY 560 – SEBUAH LAGI SUV CHINA MENYERANG GARUDA

Google ads
Back to top button