Buletin

DFSK GLORY 560 – SEBUAH LAGI SUV CHINA MENYERANG GARUDA

Sudah terang lagi bersuluh. Dunia kini sedang dilanda wabak. Wabak SUV. Rata – rata pengeluar utama dunia sememangnya giat bersiap sedia untuk menyediakan SUV bagi menyerang pasaran. Tidak terkecuali Proton dan Perodua yang giat meraih laba hasil pengenalan model X70 dan Aruz yang berjaya menarik minat pembeli.

Dan negara jiran kita Indonesia turut diakui mempunyai pasaran SUV yang boleh tahan besar juga untuk dikongsi bersama. Jikalau sebelum ini jenama dari China Wuling boleh tahan popular juga di sana, kini DFSK yang terlebih dahulu memperkenalkan Glory 580, kini bersedia untuk menawarkan sebuah lagi SUV, Glory 560.

Jikalau ada yang beranggapan bahawa DFSK mungkin sekadar ingin mencuba nasib di Indonesia barangkali telahan itu silap. Tahap keseriusan PT Sokoindo Automobile selaku pengedar sah untuk menembusi pasaran Indonesia dibuktikan dengan pembukaan kilang berteknologi tinggi di Cikande, Banten.

Glory 560 ini jelas sekali menampilkan rekaan moden, setanding dengan rekaan SUV jenama Jepun yang dipasang di Indonesia. Barangkali yang sedikti mengganggu hanyalah logo bulat yang kelihatan sedikit menonjol pada gril hadapan. Nak buat macam mana dah macam tu logo dia kan.

Pilihan enjin yang ditawarkan juga boleh tahan sedap untuk dipilih. Enjin 1.5 Turbo dan juga 1.8 NA. Enjin Turbo ini mampu menjana kuasa sehingga 150 PS dan tujahan 230 Nm. Macam padan pula dengan saiz SUV ini kan.

Walaupun harga yang ditawarkan agak murah (Rp 189 juta untuk varian paling rendah – RM55,000 duit kita) , namun kelengkapan pada Glory 560 ada gaya SUV mewah. Tempat duduk bucket dengan balutan kulit dan juga skrin sesentuh untuk sistem hiburan bersaiz 8 inci yang berdiri tegak atas papan pemuka. Memang trend betul sekarang ini.

Push start button juga semacam dah jadi benda wajib untuk kenderaan moden hari ini. Itu belum lagi dengan penggunaan Electric Parking Brake (EPB). Memang ada gaya kereta mewah buatan Eropah.

Rel bumbung yang tersedia itu juga mampu dimanfaatkan oleh pembeli di Indonesia yang selalu juga meletakkan beg plastik pakaian ikat tepi atas bumbung sewakt mudik raya. Asal boleh. Sementelah lagi ruangan bagasinya agak sempit jika kesemua barisan kerusi digunakan.

Oh ya, kalau di pasaran negara lain, barangkali ianya lebih layak untuk dijadikan sebagai sebuah SUV dengan lima tempat duduk sahaja. Tetapi di pasaran Indonesia, ianya telah dilengkapi dengan tujuh tempat duduk. Nah, barulah boleh bersaing secara terus dengan Toyota Rush / Daihatsu Terios.

Harganya pun boleh dikatakan berpadanan. Kira – kira Rp 239 juta (RM69,566) sahaja untuk varian tertinggi. Kalau ikut perkiraan, macam boleh jual aja nanti kan?

BACA : SOKON GLORY 580 – SUV CHINA YANG BAKAL MENYERANG GARUDA

BACA : WULING ALMAZ – SUV GAYA MEWAH UNTUK INDONESIA

Tags
Google ads
Back to top button