Buletin

RM20K: REBAT TUNAI CHEVY

Merancang untuk memiliki Chevrolet? Tidak perlu berfikir panjang.  Kunjungi 30 pusat jualan Chevrolet di seluruh negara.

rebat-chevrolet-mekanika (2)

Ini kerana Naza Quest Sdn. Bhd (Naza Quest)  kini menawarkan rebat tunai bagi semua modelnya. Malah, anda juga layak merebut peluang seumur hidup diterbangkan ke Old Trafford untuk menonton perlawanan Manchester United vs. Chelsea.

Naza Quest menawarkan rebat tunai  sebanyak RM20,000 bagi model Malibu, Orlando  (RM12,500), Cruze (RM11,000), Cruze Sport ( RM12,500), Colorado (RM5,000), Colorado Sport (RM6,000)  dan  Sonic sebanyak RM11,000. Kempen rebat tunai ini berlangsung sementara stok masih ada.

Chevrolet-sale-campain-2015-mekanika (1)

Selain itu, pemilik Chevrolet sedia ada layak mendapatkan ‘Retention Incentive’ sebanyak RM500 dengan membeli model baharu Chevrolet.

Bersempena kerjasama Chevrolet sebagai penaja pasukan Manchester United, pelanggan boleh mengambil bahagian dalam peraduan ‘Manchester United For Life’.

Chevrolet-sale-campain-2015-mekanika (2)

Anda hanya perlu memandu uji, menempah dan mendaftar model Chevrolet. Tempoh peraduan adalah sehingga 10 Disember hadapan.

Justeru itu, jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah utama iaitu dua tiket layanan VIP ke Old Trafford pada 28 Disember hadapan.  Pakej berkenaan termasuk penginapan selama 5 hari 4 malam dan tiket penerbangan.

Maklumat lanjut, hubungi 1-800-2-CHEVY (24389) atau kunjungi laman web www.chevrolet.com.my.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button