Buletin

CHEVROLET & TENTERA AS PERKENALKAN COLORADO SEL BAHAN API BULAN DEPAN

Chevrolet dan tentera Amerika Syarikat (AS) dilapor bakal memperkenalkan trak pikap Colarado dengan sistem sel bahan api pada bulan depan.

Chevrolet-Colorado-fuel-cell-mekanika (2)

Trak pikap saiz sederhana itu telah diubah suai supaya dapat menggunakan bahan bakar tersebut yang pastinya lebih senyap berbanding enjin diesel.

Bukan itu sahaja, motor elektrik yang digunakan mampu menghasilkan kuasa tork lebih tinggi pada rpm rendah. Ini membuatkannya cukup ideal untuk mengangkut barang-barang yang berat.

Chevrolet-Colorado-fuel-cell-mekanika (1)

Sel bahan api dilihat ideal untuk menghasilkan kuasa elektrik dan hanya mengeluarkan wap air. Tetapi, kekangannya adalah dari segi infrastruktur stesen mengisi semula cecair hidrogen yang masih belum banyak disediakan. Jadi buat masa sekarang, kenderaan ini terpaksa bergantung kepada saluran bekalan tentera.

Apa pun, ini hanyalah model prototaip yang akan dipertontonkan pada mesyuarat  persatuan Tentera Amerika Syarikat di Washington, D.C. tidak lama lagi.

Google ads
Back to top button