Artikel Pilihan

KATRIJ HIDROGEN TOYOTA MUNGKIN BATERI MASA HADAPAN – INI BARU TEKNOLOGI

Teknologi EV nampaknya sedikit perlahan berbanding awal tahun ini. Teknologi sel bahan api (fuel cell) lagi la nampak sendu. Namun dalam kesenduan itu Toyota nampaknya masih belum berputus asa dan akan menunjukkan perkembangan beberapa produk berkaitan hidrogen di Japan Mobility Show Bizweek 2024.

Paling menarik sekali ialah katrij hidrogen mudah alih yang bakal diperkenalkan Toyota di Jepun untuk pertama kalinya. Sesuai dengan namanya, Toyota berjaya mengurangkan saiz dan berat tangki hidrogen bagi memudahkannya dibawa ke mana-mana. Barulah ramai orang akan tertarik dengan teknologi ini.

Katrij hidrogen ini mempunyai pelbagai kegunaan antaranya berfungsi sebagai sel bahan api atau bateri untuk kegunaan alat elektrik seperti dapur dan periuk nasi. Menarik kan? Malah Toyota juga bergabung dengan Rinnai Corporation untuk membangunkan peralatan memasak berkuasa hidrogen.

Lebih menarik lagi konsep katrij hidrogen yang diperkenalkan Toyota ini berfungsi seperti bateri AA bersaiz besar. Ia boleh ditukar ganti seperti bateri AA sebenar bila kuasanya berkurangan. Lepas ini mungkin ia boleh digunakan untuk kegunaan yang lebih besar.

Selain katrij ini, Toyota turut akan menayangkan jentera perlumbaan GR Corolla berkuasa hidrogen. Ia telah menyertai perlumbaan endurance sejak 2023 dan cukup kompetitif.

Best betul kalau ada teknologi alternatif macam ni. Cuma macam biasa la, ia mestinya agak mahal pada peringkat permulaan. Lama-lama okey la tu kot?

Google ads
Back to top button