Buletin

CHRISTIANO RONALDO DUTA BUGATTI CHIRON

Apa yang anda akan buat kalau berpendapatan RM120 Juta setahun untuk gaji sahaja? Belum masuk royalti jenama, pengiklanan, tunjuk-tunjuk muka sikit makan kerepek kentang lepas tu orang bayar mahal. Seronok hidup kan?

Itu lah, rezeki masing-masing. Dengan duit yang melimpah ruah, sudah tentu ahli sukan seperti Christiano Ronaldo punyai citarasa tinggi. Dah kaya takkan lah nak beli Proton Ertiga ye tak. Entah-entah GT-R dia beli buat pergi kedai beli kicap agaknya.

BACA: CHIRON DILANCARKAN DI SINGAPURA

BACA: PUTERA SAUD BELI KERETA KONSEP CHIRON

Ronaldo juga telah memiliki Lamborghini Aventador, Ferrari LaFerrari dan juga Bugatti Veyron. Dan sebagai seorang kereta sport eksotik, beliau telah dilantik Bugatti dalam kempen pemasaran untuk model terbaru mereka, Chiron.

Pada satu status yang dimuatnaik dalam laman sosial Instagram menunjukkan Ronaldo sedang berdiri di sisi sebuah Chiron berwarna perak.

Beberapa jam kemudian, satu video klip pendek memperlihatkan selebriti sukan tersebut memandu Chiron di litar Ehra-Lessien sebelum “meluluskan” kereta tersebut dihantar kepada pelanggan.

https://www.instagram.com/p/BQ3aCoZgKOk/?taken-by=bugatti

 

Google ads
Back to top button