Buletin

CIRI BMW ENGAGE KINI BOLEH DIDAPATI DALAM BMW PREMIUM SELECTION

BMW Financial Services Malaysia baru-baru ini mengumumkan pengembangan ciri BMW Engage ke dalam BMW Premium Selection.

BMW Premium Selection menawarkan pilihan kenderaan terpakai daripada portfolio BMW yang luas secara digital.

Justeru mulai sekarang, pelanggan BMW Premium Selection boleh menikmati proses kelulusan awal pembiayaan menerusi platform BMW Engage.

BMW Engage merupakan platform permohonan pembiayaan digital sepenuhnya. Ia membolehkan pelanggan mendapatkan pinjaman kereta BMW mereka mengikut keperluan tanpa melibatkan sebarang bentuk sentuhan.

Ini termasuklah pengiraan bayaran bulanan, mendapatkan sebut harga, menghantar permohonan dan mendapatkan kelulusan awal.

Sehingga 31 Disember 2020, BMW Group Financial Services Malaysia akan menyumbang RM100 kepada program subsidi BMW Safety 360° bagi setiap kontrak yang dibiayai oleh BMW Engage.

Sumbangan itu bagi membantu keluarga B40 menyediakan keselamatan terbaik kepada anak mereka ketika berada di atas jalan raya.

Rangkaian model BMW Premium Selection boleh dilihat di pautan: https://www.bmwpremiumselection.com.my/ untuk mengakses platform BMW Engage sila layari laman web: www.bmwfs.my.

Google ads
Back to top button