Buletin

COLOGNE BAU ASAP ENJIN DUA LEJANG?

Masih teringat dan sukakan bau asap enjin dua lejang? Jangan bimbang, bau itu mungkin boleh melekat di badan anda nanti.

cologne-2-stroke-mekanika

Mungkin kedengaran sedikit pelik. Namun pihak 2 STROKE didakwa sedang bekerjasama dengan pengeluar Western Scents untuk menghasilkan sejenis cologne lelaki istimewa.

Cologne itu dikatakan mempunyai bau sebenar asap ekzos jentera dua lejang. Menurut 2 STROKE, wangian itu mempunyai gabungan bau pokok pine, fir dan spruce yang lembut! Ia juga dicampur dengan elemen-elemen seperti alkohol, minyak wangi, glycerin dan bebas bahan kimia.

Untuk mengetahui maklum balas terutama kaum hawa, pihak berkaitan telah merakam video pendek di bawah. Walaupun kurang pasti tentang keasliannya, tetapi tak sangka ramai juga awek yang suka bau ini.

Kalau anda berminat sekali pun, cologne ini belum tentu dapat direalisasikan. Ini kerana KickStarter masih berusaha untuk mengumpul dana demi menjadikan produk ini satu realiti.

Google ads
Back to top button