Motosikal

YAMAHA UK PANGGIL SEMULA DUA MODEL BAHARU

Yamaha memanggil semula model YZF-R1 dan YZF-R1M keluaran 2015 berikutan kegagalan kotak gear berfungsi dengan baik.

2

Beberapa minggu lalu,  pasaran Amerika Utara dan Kanada sudahpun mengumumkan kempen berkenaan. Terkini,  pasaran United Kingdom (UK) pula mengesahkan dua model di pasaran tersebut turut terlibat.

Kes berkenaan kali kedua berlaku bagi spesifikasi tertinggi R1M. Sebelum ini, model berkenaan mengalami masalah pada kawalan elektronik penyerap hentak belakang Ohlins.

Pemilik  dinasihatkan agar tidak menunggang motosikal berkenaan. Yamaha UK telah memulakan langkah awal menghubungi pelanggan bagi menjelaskan keperluan menukar transmisi baharu.

Difahamkan terdapat kegagalan kecil pada nisbah gear kedua. Ketika ditunggang di bawah beban yang melampau dan penukaran gear yang tidak tepat.

Sekiranya tidak dibaiki, gear kedua dan gear pinan dalam transmisi akan pecah akibat tekanan yang tinggi. Kegagalan ini boleh menyebabkan transmisi terkunci, sekali gus hilang kawalan yang mengakibatkan kemalangan.

Penggantian kotak gear itu bakal melibatkan kerja terperinci dan keseluruhan enjin dikeluarkan daripada bingkai.

Pelanggan perlu memberikan casis nombor dan total perbatuan terkini jentera milik mereka.  Ini bagi memudahkan urusan menggantikan kotak gear termasuk melakukan modifikasi alat ganti.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button