Buletin

CONTINENTAL GT3 PIKES PEAK, KERETA MEWAH JADI KERETA LUMBA!

Bentley mahu menonjolkannya jenamanya sebagai pengeluar kereta mewah dan berprestasi. Tahun ini Bentley terlibat di dalam Formula 1 dan bakal meneruskan cabaran di dalam perlumbaan Pikes Peak.

Bukan selalu jenama mewah terlibat di dalam perlumbaan lasak sebegini. Ibarat Ferrari atau Lamborghini berlumba di dalam perlumbaan rali.

Model Bentley yang digunakan ialah Continental GT3 Pikes Peak dan sekarang ini di dalam persediaan terakhir sebelum bertarung pada 27 Jun 2021.

Kereta lumba itu telah pun menjalani tiga sesi ujian dinamik dan pembangunan minyak enjin boleh diperbaharui (renewable fuel engine). 

Ini yang menarik sebenarnya, Continental GT3 Pikes Peak bakal menggunakan minyak boleh diperbaharui dan memulakan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tujuan untuk menawarkan bahan api jenis itu kepada pelanggan selari dengan program elektrifikasi Bentley.

Ini juga sebahagian daripada program Beyond100 di mana Bentley mahu menjadi peneraju mobiliti mewah yang lestari di dunia.

Satu cabaran apabila berlumba di dalam Pikes Peak ialah ia bermula pada ketinggian 9,300 kaki dan mendaki sehingga 14,000 kaki yang mempunyai kadar udara berbeza.

Kereta ini telah diubahsuai sehingga menjadi sebuah GT Continental dan kereta jalanan Bentley paling ekstrem pernah dibangunkan.

Enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar versi jalanan telah diubahsuai bagi menghamburkan lebih daripada 750 bhp dan 1,000 Nm pada aras laut untuk pengujian.

Berikut ialah ciri-ciri teknikal pada Bentley Continental GT3 Pikes Peak:

  • Enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar.
  • Menggunakan Minyak Perlumbaan RON98 Boleh Diperbaharui. Minyak adunan bio itu dibuat khas untuk sukan permotoran.
  • Omboh dan con rod baharu.
  • Manifold kemasukan gentian karbon yang lebih tebal dan diperkukuhkan.
  • Manifold ekzos custom dari titanium yang dihasilkan dari pencetak 3D menggunakan laser oleh Akrapovic.
  • Turbo lebih besar dengan wastegate luaran dan dipasang pada ekzos lebih pendek dan keluar dari belakang roda depan. 

  • Menggunakan kotak gear perlumbaan standard Bentley yang direka untuk menampung bebanan tork.
  • Diameter aci pacu belakang dibesarkan untuk lebih tahan.
  • Minyak khas untuk kotak gear yang dibuat oleh Mobil1 dan turut membekalkan minyak enjin.
  • Sistem penyejukan kedua dipasang pada bahagian belakang kereta. Enjin berprestasi tinggi ini memerlukan kadar penyejukan tinggi.
  • Saluran udara sisi menggantikan tingkap belakang dan mengalirkan udara melalui radiator kedua dan mengeluarkannya mengikut saluran pada penutup but (boot lid).
  • Sistem itu berfungsi melalui pam air khas kedua.
  • Casis yang dibuat dan ditala khusus untuk litar Pikes Peak.

  • Axle depan dan belakang dengan darjah camber yang dikurangkan berbanding Continental GT3 standard. Talaan dibuat dengan fokus pada selekoh kelajuan rendah.
  • Pegas (spring) paling lembut dan palang anti oleng dari Bentley digunakan untuk memberikan lebih pergerakan badan kereta dan memaksimumkan pengalihan berat bagi pembrekan.
  • Brek dengan penyejukan air bagi mengendalikan bebanan lebih tinggi.
  • Pakej aerodinamik dengan 30 peratus peningkatan keseluruhan daya mendap pada aras laut dan pada sama keseimbangan aerodinamik standard pada bahagian depan dan belakang dikekalkan.
  • Spoiler belakang paling besar pernah dipasang pada model Bentley. 
  • Bagi mengekalkan keseimbangan aerodinamik pada bahagian depan ke belakang, komponen aerodinamik itu digandingkan bersama dua splitter depan (two plane) dan diapit dengan sirip ke bawah (dive plane).
  • Kebanyakan komponen aerodinamik kereta ini diperbuat dari bahan carbon nylon filament di kilang Bentley di Crewe, England.

Bagi mencipta rekod baharu, Continental GT3 Pikes Peak ini perlu dipandu melalui litar dengan ketinggian hampir 5,000 kaki yang mempunyai 156 selekoh pada kelajuan purata melebih 125 km/j dalam masa kurang daripada 9 minit 36 saat.

Pemandu yang dipertanggungjawabkan tidak lain tidak bukan ialah Rhys Millen, juara tiga kali Pikes Peak dan dua kali berjaya mencatat rekod baharu bersama Bentley.

Beliau memandu SUV Bentley Bentayga WI12 pada 2018 dan Continental GT pada tahun 2019.

Google ads
Back to top button