Artikel Pilihan

MAZDA 6E BAKAL DILANCAR DI EU. MALAYSIA?

Mazda nampaknya sudah bertindak luar biasa dalam sektor kereta elektrik apabila jenama itu akan melancarkan sedan elektrik sepenuhnya iaitu Mazda 6E untuk pasaran Eropah pada tahun 2025

Kereta elektrik yang dibangunkan sebagai model untuk pasaran China dan diperkenalkan pada Beijing MotorShow 2024 bakal dibangunkan untuk pasaran Eropah dengan mengekalkan rekaan sedan fastback menawarkan rekaan yang lebih anggun berbanding dengan Tesla Model 3

Sama seperti produk Mazda yang lain, EV 6E aan menggunakan tema rekaan Kodo tetapi menampilkan jeriji depan lengkap dengan LED pada bahagian bingkai jeriji depan. Lampu LED ini juga akan berkelip sewaktu proses pengecasan bagi menunjukkan keadaan bateri pada pemilik

Ciri lain seperti pintu tanpa bingkai, garisan bumbung yang rendah dan juga spoiler aero aktif di bahagian belakang akan memberikan imej sporti pada Mazda 6E ini. Malah Mazda juga menawarkan pacuan roda belakang pada Mazda 6E untuk pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan

Terdapat 3 varian yang akan ditawarkan nanti iaitu 2 model kereta elektrik dengan kapasiti bateri yang berbeza dan satu lagi model menggunakan sistem REV yang dibantu oleh enjin pembakaran dalam

Saiz bateri adalah 68.8kWh bagi varian terendah dengan jarak pemanduan sehingga 483km yang akan dipasarkan khas untuk China. Bagi varian ini, sistem DCFC mampu dicaj sehingga 200kWh menawarkan masa pengecasan 10-80% alam masa 22 minit sahaja

Varian ini menawarkan motor elektrik yang menjana 255 kuasa kuda dengan pecutan 0-100km/jam dibuat dalam masa 7.6 saat

Bagi pasaran Eropah yang akan diperkenalkan semasa Brussel AutoShow 2025 nanti, ia akn menggunakan bateri 80kWh dengan jarak 555km untuk satu pengecasan penuh. Namun ia memerlukan sehingg 45 minit untuk mengecaj dari 10-80%

Bagi varian Long Range ini, kuasa motor elektrik dihadkan kepada 241hp sahaja dengan pecutan menurun kepada 7.8 saat bagi pecutan 0-100km/jam. Agihan berat kedua dua varian adalah kekal pada 50:50

Bagi varian Range Extender (REV) ia akan dikuasakan dengan enjin bersesaran 1480cc yang bertindak sebagai pengecas bateri elektrik. Enjin ini hanya akan menjana sekitar 94hp bagi mengecas bateri 18.9kWh atau 28.4kWh

Seterusnya bateri ini akan menggerakkan motor elektrik pada gandar belakang yang menghasilkan 215hp dan 350Nm tork. Varian ini berupaya dipandu sejauh 105km atau 160km WLTP apabila bateri penuh

Berbeza dengan jenama popular seperti Telsa Model 3 yang kelihatan “kosong” di bahagian kabin, Mazda 6E menampilkan rekaan yang lebih mewah dan dibaluti dengan kemasan yang eksklusif

Skrin sebesar 14.6 inci untuk sistem multimedia manakala pemandu pula menerima skrin sebesar 10.2 inci lengkap dengan ciri Head Up Display. Skrin utama ini dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon 8155 yang turut mengawal penyaman udara, pelarasan kusyen dan ciri-ciri lain

Mazda tidak lagi menggunakan pembesar suara BOSE namun menggunakan 14 pembesar suara Sony Sound System, lengkap dengan lampu kabin 64 warna, kusyen Zero Gravity dan juga cermin suria

Model ini juga dijangka akan dilancarkan di Thailand selaras dengan pengumuman Mazda yang akan melabur sebanyak 150 juta USD bagi membangunkan pusat pengeluaran bersama dengan Auto Alliance

Google ads
Back to top button