Motosikal

APRILIA SHIVER 900 HIDUP SEMULA, TAPI HANYA DI CHINA

Selepas lima tahun dihentikan produksi, Aprilia Shiver 900 telah dihidupkan semula dan kini mencapai standard emisi Euro 5.

Bagaimanapun, Shiver 900 itu hanya dijual di pasaran China buat masa ini dan dibangunkan sepenuhnya Zongshen-Piaggio.

Jarang sekali motosikal yang telah dihentikan pengeluaran kembali dihidupkan apatah lagi produksi Shiver 900 dihentikan pada 2020 ekoran tidak menerima permintaan positif. 

Namun begitu, Piaggio – syarikat pemilik kepada jenama Aprilia – membuat keputusan untuk kembalikan Shiver 900 hasil bantuan rakan di China, Zongshen (kini dikenali sebagai Zonsen). 

Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Aprilia Shiver 900 itu akan dijenamakan semula sebagai Gilera. Namun, Piaggio-Zongshen memilih untuk meneruskan legasi Aprilia. 

Meskipun Shiver 900 yang dilahirkan semula itu mirip dengan model terakhir yang dihentikan produksi namun Zongshen telah membuat beberapa naik taraf antaranya enjin V-Twin 900cc itu kini mencapai standard Euro 5. Selain itu, model baharu itu kini menggunakan sistem tanpa kunci (keyless).

Atas kertas, Aprilia Shiver 900 2025 itu masih lagi menawarkan 94hp pada 8,750rpm dan 89Nm pada 6,500rpm. Berat jentera juga kekal pada 220kg sama dengan model terakhir yang dihentikan pengeluaran lima tahun lalu.

Google ads
Back to top button