Buletin

LAKU KERAS, STOK KEDUA 500 UNIT SYM HUSKY ADV 150 TIBA DI PENGEDAR

Umum sedia maklum bahawa MForce baru sahaja melancarkan SYM Husky ADV 150 untuk pasaran tempatan pada 1 April lalu. 

Skuter gaya ‘adventure’ itu terus mencuri perhatian ekoran hadir dengan reka bentuk yang menarik selain menawarkan ciri yang moden dan terkini termasuk traction control, ABS dan tangki bahan api berkapasiti 15L. 

Kami difahamkan bahawa kumpulan pertama Husky ADV 150 laku keras sehingga ada pengedar yang memohon stok ekstra bagi menampung permintaan.

Terbaru, sumber memberitahu bahawa kumpulan kedua yang merangkumi sekitar 500 unit Husky ADV 150 telah pun tiba di pengedar tempatan. 

Namun, tidak dinyatakan daripada jumlah itu berapa unit lagi yang masih belum dipinang. 

Untuk rekod, Husky ADV 150 ini menawarkan 14.5hp dan 14.5Nm daripada enjin satu silinder 150cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair. 

Bagi pasaran Malaysia, Husky ADV 150 ini ditawarkan pada harga RM9,888 bagi warna Pure White dan Ebony sementara versi SE yang menawarkan warna Wolf Grey dan Matte Green dijual pada harga RM10,298

Google ads
Back to top button