Buletin

COVID-19 MELONJAK, GP F1 JEPUN DIBATALKAN

Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Jepun terpaksa dibatalkan untuk tahun kedua berturut-turut berikutan pandemik Covid-19.

Menurut F1, kerajaan Jepun membatalkan perlumbaan yang dijadual berlangsung di Suzuka pada 10 Oktober ini disebabkan situasi pandemik di negara terbabit.

“Keputusan diambil oleh kerajaan Jepun untuk membatalkan perlumbaan pada musim ini susulan kerumitan pandemik yang sedang berlaku di negara itu,” kata F1 dalam satu kenyataan.

Beberapa wilayah termasuk Tokyo sedang berada dalam situasi darurat.

Sebelum ini, beberapa perlumbaan sudah dibatalkan termasuk di Australia, China, Kanada dan Singapura.

Bagaimanapun, F1 belum memutuskan mengisi kekosongan tersebut.

“F1 sedang meneliti kalendar yang sudahpun disusun semula dan akan mengumumkan maklumat akhir pada beberapa minggu ini,” kata kenyataan itu lagi.

Google ads
Back to top button