Motosikal

KAWASAKI BAKAL LANCAR JENTERA ADVENTURE KLX 700 TAHUN DEPAN?

Kawasaki dijangka menggegarkan segmen motosikal adventure saiz sederhana apabila dilapor bakal melancarkan model KLX 700. 

Selepas menamatkan produksi model KLR 650 beberapa tahun lalu, barisan produk Kawasaki sememangnya tidak ada wakil dalam segmen adventure sederhana yang kian berkembang di seluruh dunia. Namun, semua itu mungkin akan berubah dengan ketibaan KLX 700. 

Buat masa sekarang, Kawasaki memang ada menawarkan model-model adventure seperti Versys-X 250, Versys 650 dan Versys 1000. Tetapi, semua jentera itu lebih kepada touring. 

KLX 700 didakwa menggunakan enjin parellel-twin bersesaran 649cc dan bukannya jenis selinder tunggal. Enjin sama yang ada pada model Versys 650 itu mampu menjana kuasa 69hp. Ia akan bersaing secara langsung dengan Yamaha Tenere 700 yang berkuasa 72hp. 

Kekurangan itu akan ditebus dengan talaan enjin yang dapat memberi lebih kuasa tork pada rpm rendah dan sederhana, membuatkannya ideal bagi kegunaan di laluan off-road. Sebagai perbandingan dari segi berat pula, Versys 650 seberat 217kg dengan kapasiti tangki 21 liter. 

Berat itu menimbulkan satu persoalan baru iaitu bagaimana kerangka dan enjin KLX 700 akan dibina. Bagi kegunaan off-road, KLX 700 perlu menggunakan kerangka, enjin dan kapasiti tangki lebih ringan iaitu sekitar 207kg sahaja.

Jika benar KLX 700 dipasarkan, ia akan memberi pilihan kepada pengguna selain daripada model Suzuki V-Strom  650, KTM 790 Adventure dan BMW F 850 GS yang lebih mahal.  

Google ads
Back to top button