Artikel Pilihan

TOYOTA-DAIHATSU RAJA KATEGORI LCGC INDONESIA

Umum mengetahui pasaran kenderaan Low Cost Green Car (LCGC) semakin mendapat tempat di hati pembeli, terutamanya di bumi kelahiran Luna Maya itu. Pasaran Tanah Kepuluan Jawa sendiri sahaja sebenarnya sudah cukup besar. Belum lagi dicampur dengan bumi Sumetera. Sesungguhnya selain daripada motosikal berkuasa rendah (moped + skuter), kenderaan jenis LCGC ini juga merupakan lubuk buat pemain utama untuk memasarkan rangkaian produk mereka. Sungguhpun memliki lingkungan harga yang paling mahal, namun ini bukanlah alasan untuk menidakkan bahawa gandingan Toyota-Daihatsu diangkat sebagai Raja LCGC di sana.

BACA : DATSUN KINI KEMBALI

BACA : AXIA MASA DEPAN

Secara mudahnya, kenderaan kategori jimat minyak dan mesra alam ini haruslah mempunyai keupayaan penjimatan bahan bakar yang cukup cemerlang setidaknya untuk menempuh jarak 20km per liter petrol selain daripada harga yang ditawarkan sekitar Rp 100 juta hingga Rp 130 juta bagi membolehkan ianya benar-benar mampu milik dan bukannya mampu belek. Sesungguhnya rakan di kita di sana sangat beruntung kerana mempunyai pelbagai pilihan sewaktu membelek katalog kereta. Kita di sini, segmen kereta kecil/kompak sesungguhnya milik Perodua selamanya. Eceh!

Toyota Agya/Daihatsu Ayla

Ini adalah “pisang goreng panas” buat syarikat yang berpangkalan di bumi Jepun. Pelaburan mereka untuk membuka kilang pemasangan di Karawang dirasakan cukup berbaloi. Variasi enjin 1KR-VE dan 3NR-VE memberikan pilihan kepada pembeli muda yang inginkan sebuah kereta kompak yang laju, tangkas, jimat bahan bakar dan tak lupa juga senang parkir. Apa yang menariknya, versi TRD turut dipasarkan untuk golongan muda yang inginkan jentera mereka lebih kelihatan sporty. Statistik jualan oleh GAIKINDO membuktikan gabungan dua produk gergasi Jepun ini jelas jauh meninggalkan pesaing mereka yang lain. Bukti kejaguhan kereta kecil yang hensem ini turut diraih oleh kembarnya di sini, Perodua Axia.

Datsun Go Panca

Jenama yang dihidupkan kembali ini turut mendapat tempat di kalangan para Wak dan juga para Tante sekalian yang mungkin sudah bosan dengan jenama Toyota-Daihatsu dek kerana harga yang lebih murah. Padanan enjin bersesaran 1.2 liter sudah cukup untuk membelah bumi Utara Sumatera membawa hingga ke hujung Kepulauan Tanah Jawa. Penggunaan bahan bakar juga turut cemerlang. Cuma kelemahan Datsun Go Panca di pasaran Indonesia ini hanyalah tiadanya opsyen untuk transmisi otomatis sebelum ini. Boleh bayangkan nak hadap macet di Kota Jakarta tu macam mana dia punya sakit kepala lutut nanti? Brader Karrager tak sanggup der.

 

Suzuki Karimun Wagon R

Jenama Suzuki di Indonesia sebenarnya boleh tahan kuat juga pengaruhnya.Jikalau tidak, masakan PT Suzuku Indomobil Sales (SIS) berani mempertaruhkan Karimun Wagon R untuk turut bersaing dalam liga LCGC ini yang cukup sengit. Penggunaan enjin K10B yang bersesaran 1.0 liter ini dilihat cukup menepati kriteria sebuah jentera LCGC yang jimat bahan bakar. Walaupun rupa bentuknya sedikit ortodok berbanding pesaing yang lain, namun teknologi Drive by Wire yang tersedia mampu memberikan responsif yang sepatutnya sewaktu pedal minyak ditekan tanpa menjejaskan tahap keberkesanan penjimatan petrol.

Sumber: DapurPacu

Google ads

B K

Back to top button