Modifikasi

DAIHATSU MIRA L500 1993

Perodua Kancil adalah sebahagian daripada sejarah rakyat Malaysia belajar macam mana untuk mengubah suai kereta.

Kancil-Daihatsu-Mira-mekanika (6)

Terutama golongan pertengahan yang berumur 20-an dengan semangat modifikasi yang tinggi. Sehingga ke hari ini, budak-budak muda yang nak ‘main’ kereta, ramai bermula dengan Kancil.

Maksud saya ‘main’ ialah ubah suai. Ada beza di antara ‘main’ dan ‘pakai’ kereta. Kalau pakai kereta, biasanya beli Saga, Persona, Exora, Swift atau Jazz. Nampak tak pemerhatian saya?

Kancil-Daihatsu-Mira-mekanika (16)

Sebenarnya, ini bukan Perodua Kancil. Ini asalnya badan Daihatsu Mira tahun 1993 yang ketika zaman Kancil tengah meletop, body kereta ini orang berparang sabit segala berebut nak beli.

Sekarang dah agak sejuk, tapi masih ada demand tinggi apabila sudah diubah suai penuh macam ini. Teorinya, bila jumpa JPJ, boleh senyum lebar. Kereta pun dah cantik,  kalau nak beli satu persatu barang Mira memang boleh menangis. Bukan main mahal harganya. Sekarang bukan boleh tawar-tawar macam dulu. Barang dah makin pupus.

Kancil-Daihatsu-Mira-mekanika (3)

Kereta ini milik brader yang hanya mahu dikenali sebagai Abam BP dari Kuantan, Pahang. Kereta ini dibeli, diguna dan dijadikan kereta pameran letak depan rumah dalam kedai. Susah nak faham geng K-Car ni. Ada yang sayang Viva mengalahkan Alphard.

Kancil-Daihatsu-Mira-mekanika (4)

Enjin yang dipakaikan pada kereta ini ialah L500. Murah, power dan senang jaga kalau tidak banyak dimodifikasi. Enjin bay dicat dengan warna hijau dan disumbat dengan radiator tebal HKS stainless steel.

Ram funnel stainless steel, rocker cover frosted, intercooler frame biru dan panel C depan krom. Ekzos dari depan sampai belakang adalah set daripada Auto Jewell.

Kancil-Daihatsu-Mira-mekanika (15)

Apa yang membezakan modifikasi Kancil ialah bodykit. Kereta Abam BP dipakaikan dengan kit lengkap Moderno. Bumper depan itu dipanggil Moderno limited atau spotlight ketam.

Bab harga sekarang jangan tanya, boleh kena stroke nanti. Pada hal masa zaman Tun Mahathir dulu, bampar ni bersepah-sepah kat kedai potong, tak berapa orang nak pandang. Semua sibuk berebut nak beli L500 L512.

Kancil-Daihatsu-Mira-mekanika (18)

Abam BP menggunakan rim 15 inci Enkei Peak Racing dengan tayar Archilles ATR 165/50r15. Brek disalin dengan brek L5 depan belakang. Sistem suspensinya pula daripada GAB jenis boleh laras.

Untuk bahagian dalam, dia menggunakan semua barang JDM. Papan pemuka L5 dengan stereng kolum. Meter Defi dan jam rare kat sebelah tu digabung dengan seat merah L2.

Kancil-Daihatsu-Mira-mekanika (2)

Sebenarnya, konsep pengubahsuaian Kancil Mira tak banyak berubah sejak zaman awalnya. Kereta ini patut jadi ikon automotif Hari Malaysia sebab trendnya diwarisi dari zaman ke zaman.

Sebagai contoh, anda tengok trend Saga. Pernah popular jadi laju, kemudian jadi JDM, kemudian Kanjo racer dan kemudian senyap. Wira dan Satria memang popular tapi dianggap moden dalam industri dan kebanyakannya dibuat laju.

Kancil-Daihatsu-Mira-mekanika (13)

Kancil kalau tukar enjin pun bukannya laju mana. Lagi satu, kereta yang dah siap buat kena tengok di alam nyata. Memang comel dan masih nampak gah di sebelah Viva atau Axia.

GALERI

Kancil-Daihatsu-Mira-mekanika (1)Kancil-Daihatsu-Mira-mekanika (5)Kancil-Daihatsu-Mira-mekanika (8)Kancil-Daihatsu-Mira-mekanika (9)Kancil-Daihatsu-Mira-mekanika (10)Kancil-Daihatsu-Mira-mekanika (11)Kancil-Daihatsu-Mira-mekanika (14)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button