Buletin

F 150 HIBRID SIAP PENGHUJUNG DEKAD INI

Versi hibrid Ford F-150 masih lagi dalam proses pembangunan. Pengesahan tentang projek berkenaan sudah diumumkan dua tahun lalu.

ford-f-150-hibrid-mekanika (2)

Namun selepas itu, perkembangan projek tersebut sedikit senyap. Berita terkini, Ketua Pegawai Eksekutif  Ford, Mark Fields menyatakan pikap trak berkenaan bakal berada di pasaran menjelang tahun 2020.

“Kenderaan elektrik dan hibrid akan menjadi keperluan pada masa akan datang kerana permintaan pelanggan dan mematuhi regulasi emisi,” katanya.

ford-f-150-hibrid-mekanika (3)

Spesifikasi penuh model tersebut masih disimpan rapi oleh Ford. Bagaimanapun, pengeluar automotif Amerika Syarikat itu mendedahkan bahawa F-150 menggunakan sistem pacuan empat roda. Tayar belakang digerakkan oleh enjin konvensional dan roda depan dipacu motor elektrik.

F-150 didakwa akan menggunakan panel badan aluminium, peningkatan aerodinamik dan enjin 2.7 liter pengecas turbo EcoBoost V6. Ford telah melabur sebanyak AS$4.5 bilion untuk komitmen kenderaan elektrik ini.

ford-f-150-hibrid-mekanika (6)

Untuk membangunkan generasi terkini F-150, Ford berusaha keras bagi memperoleh data kecekapan bahan api terbaik. Kehadiran model F-150 hibrid dijangka menjadi perintis kenderaan hibrid Ford yang seterusnya.

Malah, ia menjadikan F-150 sebagai trak pikap tunggal dalam pasaran menggunakan teknologi hibrid. Walaupun sebelum ini, General Motors sudah dulu menghadirkan jentera 4×4 Silverado hibrid ke pasaran. Namun, model berkenaan tidak diteruskan pada 2013.

Pada awal penglibatan F-150 hibrid, Ford berkolaborasi dengan Toyota. Namun, usaha sama berkenaan berakhir pada 2013. Ford akhirnya memutuskan untuk melakukan pembangunan teknologi hibrid secara sendirian.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button