Peranti

PENJIMATAN HEBAT CANON PIXMA SIRI G

Bagi pelajar atau perniagaan yang perlu mencetak dalam jumlah tinggi, kos sememangnya menjadi penilaian penting.

Canon-PIXMA-G-Series-mekanika  (2)

Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. baru sahaja melancarkan pencetak PIXMA Ink Efficient Siri G baru. Pencetak itu dilengkapi teknologi Sistem Tangki Dakwat Isian Semula (Refillable Ink Tank System).

Canon-PIXMA-G-Series-mekanika  (5)

Dengan sistem tersebut, tiga model pencetak iaitu PIXMA G1000 (fungsi tunggal), G2000 (pelbagai fungsi) dan G3000 (pelbagai fungsi tanpa wayar*[1]) mampu menawarkan jumlah cetakan yang tinggi dengan kos pencetakan minimum.

Canon-PIXMA-G-Series-mekanika  (6)

Pencetak ini memudahkan pengguna kerana katrij dakwat tidak perlu kerap diganti. Malah, anda boleh memantau takat dakwat dari bahagian luar pencetak.  Lebih menarik, ia memiliki kapasiti cetakan sehingga 6,000 helaian untuk hitam dan 7,000 halaman berwarna!

Untuk mengelakkan dakwat daripada tumpah, botol dakwatnya didatangkan dengan ciri penutup ‘screw-down’. Jadi, proses isian semula dapat dilakukan dengan bersih dan lancar.

Canon-PIXMA-G-Series-mekanika  (7)

Biarpun begitu, Canon tidak pernah berkompromi dari segi kualiti cetakan, sama ada  dokumen atau gambar.

Mengaplikasikan Sistem Dakwat Hibrid Canon, kombinasi pigmen dakwat hitam serta warna ‘dye’ menghasilkan cetakan gambar yang cantik apabila menggunakan kertas gambar asli Canon.

Canon-PIXMA-G-Series-mekanika  (9)

Selain itu, cetakan dokumen dengan menggunakan pencetak PIXMA Siri G akan menghasilkan teks hitam yang tajam. Pencetak ini boleh mencetak gambar tanpa bingkai sehingga saiz A4. Manakala gambar tidak berbingkai bersaiz 4R boleh dicetak dalam masa 60 saat.

PIXMA G3000 juga boleh disambungkan secara terus ke telefon bimbit, tablet serta komputer riba melalui fungsi WiFi.

Canon-PIXMA-G-Series-mekanika  (11)

PIXMA Siri G boleh didapati di cawangan-cawangan sah Canon yang terpilih sejak  pertengahan Disember 2015 pada harga RM499 bagi G1000, RM599 (G2000) dan RM799 (G3000). Harga termasuk GST.

Canon-PIXMA-G-Series-mekanika  (4)

RINGKASAN CIRI-CIRI PIXMA EFFICIENT INK SIRI G                                         

Spesifikasi G1000(Fungsi Tunggal) G2000(Pelbagai Fungsi) G3000(Pelbagai Fungsi Tanpa Wayar)
Dimensi (LxDxT) 445 x 330 x 135mm 445 x 330 x 163mm 445 x 330 x 163mm
ISO DokumenKelajuan Cetakan (ipm) 8.8 (Hitam)5.0 (Warna) 8.8 (Hitam)5.0 (Warna) 8.8 (Hitam)5.0 (Warna)
Wi-Fi Ya
Pencetakan Awan & Telefon Bimbit Ya
Ciri Utama Botol Dakwat Berkapasiti Tinggi,Tangki Dakwat Integrasi,Sistem Dakwat Hibrid,Auto Power ON/OFF.  Botol Dakwat Berkapasiti Tinggi,Tangki Dakwat Integrasi,Sistem Dakwat Hibrid,Auto Power ON/OFF.  PIXMA Cloud Link,Google Cloud Print,Canon PRINT Inkjet/SELPHY , Canon Print Service,Wireless LAN,Botol Dakwat Berkapasiti Tinggi,

Tangki Dakwat Integrasi,

Sistem Dakwat Hibrid,

Auto Power ON/OFF,

Mod Poin Akses (Access Point Mode)

 

Google ads
Back to top button